Thursday, September 25, 2008

Rakaman Hariraya Bersama Peryatim di Miri Marriott Resort and Spa

Persembahan oleh anak2 dari Peryatim.

Hafiz Hamidun - antara artis pada malam itu

macam anak-anak aje dia orang nih..hilang rindu dah lama
tak jumpa Orang Semenanjung . Senyum Acik jangan tak senyum.

Terima kasih Hotel Marriott yang telah bermurah hati bekerjasama dengn Mirifm bagi menjayakan Majlis Berbuka Puasa dan penyampaian sumbangan kepd anak-anak yatim. Mereka ini berumur semudanya 7 thun sehingga yang dewasa 18 tahun. Kepada YB Tn Haji Ahmad Lai , Cr. Abd Razak, Nestle dan Dewan Perniagaan Melayu Miri juga terima kasih banyak-banyak kerana begitu murah hati. Anak-anak ini juga cukup seronok bila dapat berjumpa dengan artis kesayangan mereka Hafiz (Unic) dan Achik (Spin). Achik dan Hafiz pula cukup pandai melayan telatah anak-anak tersebut sehingga menjadikan majlis tersebut cukup meriah. Rakaman persembahan disiarkan pada Hariraya menerusi Sarawakfm dan Mirifm. Memang rumah anak -anak yatim ini memerlukan bantuan.




Sunday, September 14, 2008

Satu Petang Di Tanjung Lubang

ada masa riadah kat sinilah
sang suria yg perlahan2 turun untuk membenamkan diri

dah sama aras dengan paras air

hampir tenggelam. memang cantik pemandangan ni..

terus hilang dari pandangan..yang tinggal hanya mega-mega
dan aku yang sendirian (feelinglah pulak)
Pantai Tanjung Lubang adalah salah satu dari tempat untuk melihat anak bulan. Pada hari-hari biasa ia merupakan tempat rekreasi yang sentiasa ada pengunjungnya. tetapi di pantai ini tak ada pulak saya nampak orang mandi, melainkan laluan untuk kapal. Pada sebelah malam pula ada gerai-gerai makanan yang menyediakan pelbagai jenis makanan. Saya pun tak lepaskan peluang. Bila ada waktu terluang, saya akan pergi jogging dipantai ini. Memang syahdu. Apalagi saat melihat matahari menenggelamkan diri. tiap-tiap petang pasti ada pengunjung yang mengambil kesempatan menyaksikannya tanpa jemu. Nah.. saya kongsikan bersama pemandangan indah ini...sangat sesuai untuk mereka yang berjiwa sentimental. boleh nangis dibuatnya..