Sunday, October 12, 2008

Raya Oh Raya......

Hj Zul jeles..

Semasa beraya kat rumah JA, Hj Zullas call. "Kak Posh Jom datang Kg Baru..Pak Khalid tunggu". Biar betul Hj World ni..dah pukul 11.00 mlm. Tetapi dek tak nak menghampakan pergi jugak rumah Pak Khalid yang sememang dah jemput sejak dari pagi lagi. Khabarnya sebelah pagi tu, krew KLfm tiba dalam program Beraya sakan..Oh gitu kisahnya. Saya dah kenal lama dengan Pak Khalid ni. Akhirnya berjaya jugak dia...Sampai saja Hj Zullas Zul , Dj Jai dan kawan dia dah ada. Punyalah banyak makanan. Habislah diet aku. Saya memang dah terkesima dengan perabut Pak Khalid yang semuanya koleksi Egypt. Patutlah pun dia tauke barang-barang tu. Kalau ada yang berminat nak beli saya boleh jadi orang tengah. Heh..heh.hheh. Sudahnya bukan pegi makan. Tetapi posing sana posing sini. Hj World dan saya jadi modellah pulak . Pak Khalid punyalah seronok. Memang kelas dan cantik perabut-perabut tu. Nampak gaya susah nak jaga dan kena rajin. Hj Zul sampai tak nak balik...tak pernah saya buat pergi rumah orang berkelakuan macam ni..tak boleh bawak majlis heh..heh..heh .Aduhai Pak Khalid. Borak punya borak Pak Khalid tinggal sorang . Rupa-rupanya masih solo....sapelah gadis bertuah yang bakal bertakhta kat situ. Tungguuuuuuu. terima kasih Pak Khalid kerana sporting dan layanan istimewa. Balik siap bawak bekal lagi....kelakarlah.

posing..

Bawak-bawaklah balik Hj Zul.dah banyak ragam dah.

baju biru tu Pak Khalid. (muka dia ala-ala ya habibi)

woi berangan ke ?

alahai

apo kono eh jang ?

Inilah kami malam tuh- tak taulah pegi beraya
ke pegi bergambar ?

Meriahnya raya. Sempat jugak saya pergi beraya rumah Azlan Omar dan Hj World. RALAT kat rumah dia orang lupa nak bawa kamera. Ramai sahabat yang pelawa datang rumah mereka berhariraya. Minta maaf banyak-banyak bukan semua dapat saya penuhi. Dah rezeki dapat sampai rumah jejakaayu. Tak bercadang nak pergi pun. Lovelylace dan Megat yang jadi jurupandu..dapatlah saya merasa laksa dan teh kaw yang dia buat sendiri. Ehh tak sangka pandai masak rupanya JA ni. Seronok jugak dapat sampai ke sini. Jumpa famili dia. Mak dan ayahnya ramah..sebenarnya bukanlah dia buat majlis besar-besaran tetapi untuk kawan-kawan rapat aje. Sibuk JA melayan kita orang..sampai berpeluh-peluh. tetapi lagi berpeluh lagi ayu, nampak seksi gituuu. Lovelylace nampak cantik malam tu. Padanlah dengan megat yg hensem. Baju kurung berbunga pink tu menyimbah ke muka menambah seri...memang lovelylace baik orangnya.tak habis-habis dengan hadiah.Tima kacih banyak-banyak. Pertemuan berlangsung dengan ceria dan seronok. Bak kata Lovelylace, "banyak benda nak cerita, tapi bila dah jumpa lupa". Jejakaayu terima kasihlah kerana menjemput dan bersusah payah..

ayu jelita

Lovelylace yang memang manje

maintain ayu

Berhariraya di rumah jejakaayu - dah boleh buat pelamin ni. Bila lagi JA ??

Apalagi yang dapat saya katakan melainkan rindu sangat pada kawan-kawan Klfm. Kenangan bersama KLfm sebelas tahun tidak mudah dilupakan. Apalagi serasi berkawan dan bekerja bersama. Waktu saya melangkah keluar dari Klfm, tidak semua kawan-kawan dapat saya temui, kalau adapun saya sempat bersalaman dengan Amir dan Dave, dengan Hj Manan saya hanya dapat melambai tangan tanpa berkata apa kerana melawan perasaan yang sedih dan sebak. Lalu pada kesempatan Hariraya ini saya menjemput mereka datang beraya ke rumah. Alhamdulillah..dapat berjumpa walaupun tidak semua. Seronok tidak terkira melihat Pn Fee yg juga tidak sempat saya jumpa pada hari terakhir, Hj Sallehudin, Hj Manan (terima kasih atas bacaan doa), Hj Zullas3, Paparay, Azlan, Kak Anoy, Nik Aida, Nazie, Ain, Azizah Sulaiman dan Amir. SMS dari En. Mus, Hezri, Daud Abdullah dan MK sudah cukup sebagai pengganti diri. Julia, Shah dan baby Zara yang semakin membesar dan gebu pun dapat meluangkan masa. Mimie yang baru habis konti, walaupun tak pernah sampai dapat jugak datang. Cayalah mimie. Betapa sportingnya Mr Ho , Amy, Panjang, dan Achik kerana turut sudi bersama. Tak ketinggalan Kassim Lee yang dulunya pernah menjadi dj KLfm. Ellie dj baru Klfm pun sudi datang. Selamat menjadi warga Klfm. Kawan lama Norhabibullah Abu Bakar walaupun ada hal, datang jugak.. Tak lupa juga kepada Zura yang banyak menberi tunjuk ajar sewaktu saya bertugas di TV dahulu dan Fazi yang sekarang dah bertugas di IPTAR. Mendengar kembali lagu Sheila Majid- 'RELAKAN' tiba tiba membuatkan saya RINDU. . Yeah..masa merubah segala. semuga masa juga akan menemukan kita kembali...terima kasih atas semangat setiakawan ..muga akan terus berpanjangan.

hish..Kak Anoy ni ngade-ngade tau

Nik Aida yang semakin jelita mendukung baby Zara. dah bulleh sangat dah tuh
bila nk makan nasi minyak. Kak volunteer masak nasi pengantin.

Ehh..ni apa hal pulak nih ?? Achik, Ain dan Nazie

Amboi Achikk..sejak dah bergelar bapa

Lepas ni rumah Azizah Sulaiman pulak.

gaya orang dah kenyangg...panjang sorri le lupa ajak.

rindu pada kawan-kawan nih.. wah semua semakin bergetah.

Azura yg saya kenal waktu bertugas di TV dulu. seorang lagi tu
Fazi sekarang bertugas kat IPTAR

Kassim Lee pernah menjadi DJ KLfm sekarang diIstana Budaya, Haji World
yang periang dan Abang AM yang cool


woi..tak nak balik-balik ke ??

Inilah cuti raya yang paling panjang pernah saya ambil..2 minggu. Ingatkan lama...rupa-rupanya cepat sangat. Terima kasih sahabat2 Klfm yg masih mengingati dengan menghantar ucapan samada menerusi kiriman sms, mms, telefon dan kad raya. anda tahu siapa anda dan saya tahu siapa anda. beraya seminggu di kg dan seminggu di KL. Di kampung tak payah ceritalah meriahnya. memang tiap-tiap tahun macam tuh. Ramai yang tau saya ni jarang masak. Pada kesempatan cuti panjang ni, pertama kali saya masak Nasi Briayani ..menjadi you. Kawan saya sekeluarga dari KL dapat merasa..bagi pujian lagi (suntikan biar rajin masak) Heh..heh..Paling tak sangka ni tiga sahabat karib ni Han Solo dan Puteritimur all the way from KL singgah Rembau ke rumah PuteriGunungDato dan datang ke kg saya..Pertemuan ini memang tidak disangka dan amat menggembirakan. Cuma RALAT saya tidak dapat menghidangkan menu istimewa kerana tak bagitahu nak datang. Apapun terima kasih kerana sudi menjenguk. Welcome to my kampung...

posingg-kebetulan pokok tengah banyak bunga.

Han Solo - ada ke buah jambu putih dikatanya bunga ..
hish-hish ruginya jadi oang bandar.

Kesaan Puteritimur tak balik Sabah ..nasib baik dapat pegi kg
kak Posh

Puterigunungdato, Han Solo dan Puteritimur.
yang kecik tu..buah hati Puterigunung dato