Tuesday, November 25, 2008

Saat Yang Bahagia...

pada kejayaan yang ku bawa pulang....budimu ku kenang..
(petikan lirik lagu Sudirman 'Janjimu ku kenang'..salah satu lagu
kegemaran saya.
yatie... antara yang rapat dan karib

yan yg sempoi dan shuk yg lentok

mak aii..manyaknya munga.

salam sayangggggg

when will i see you again.....
(murni, yatie,K, jah, kasmiah, Suhana, Norlina, Hanim, Abang Wan, Linda, June dan Shuk)

Saat yang bahagia...datang sekejap saja (gitu le lirik lagu). Ada suka dan airmata disini. Suka bila dapat berjumpa semua teman-teman ini. Dukanya bila mengingatkan entah bila lagi dapat bertemu..4 tahun macam-macam pahit manis yang telah dikongsi bersama. Akhirnya pendakian itu sampai jua. Dalam diam saya juga menyimpan angan-angan untuk meneruskan pendakian ini walaupun pun dah tau akan susahnya. Seronok sangat bila dapat melepasi cabaran ini . Tahniah kepada Kas yang menyambung lagi pengajian. Moga terus cemerlang. Kami mengambil kesempatan untuk mengabadikan gambar kenangan pada 21 Nov.2008 selepas sidang tersebut.. Kata yatie, 'Kak Gee nanti masukkan gambar dalam blog ye. Bila yatie ingat dan rindu kawan2 yatie selalu pergi blog Kak Gee..sambung yatie dengan gaya ala-ala manja. Memang manja pun budak ni. Begitu juga Yan, " masukkan tau kak..nak tengok nanti...tambah Yan dalam senyum simpul. Menyampuk pula Shuk, 'jangan lupa masukkan gambar vogue i'. Disampuk oleh yang lain-lain...'Kak Gee jangan lupa masukkan gambar2 dalam blog tau '. Dhilla ngan Hanim dalam diam-diam pun menyelinap masuk juga dalam blog ni. Alahai permintaan yang satu ni..memang tak nak dibuat sebenarnya. tetapi kalaulah blog ini dapat menjadi pelepas RINDU you all..haa tengoklah. Oh ya.. Ucapan daripada kawan-kawan dan sahabat-sahabat Klfm yang masih mengingati saya pada hari bahagia ini terima kasih banyak-banyak.

Jumpa dan jumpa lagi.....

senyummm ix..kesian parut deman campak tak hilang lagi
ix dan bs

sempat lagi tuh..posinggg
Dah hujung-hujung tahun ni macam-macam urusan. Balik KL baru-baru ni sempat singgah konti KLfm. Kebetulan Julia sedang bertugas. Sempat pot pet dan posing sekejap. Tak nak mengganggu Julia, saya mencari geng untuk 'lunch' bersama. Tipon Kak Anoy dia ada mesyuarat pulak, Kak Zah ada hal, Nik Aida bercuti, Mimie tak ada kat ofis lalu saya teringat pada Ixoraroxi yang baru dapat baby. Lama tak jumpa dia..teringin jugaak nak tau khabar. tetapi kena cari supir dulu (jgn marah) Akhirnya bertemulah kami dengan appointment yang hanya dibuat dalam beberapa minit sahaja. Wah ix dah semakin slim dan khabarnya nak slim lagi ke tahap maksima.(kena sambut cabaran blackcanary). Blacksnow saya lihat tetap cool and maintain..berkat jadi 'pakar' lah tu. Seronok dapat jumpa dan pot pet. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Ingatkan saya nak belanja tetapi ada orang dah bermurah hati. Alhamdulillah.


dj julia adios..

masuk konti rasa macam nak duty aje..

Monday, November 24, 2008

Teman Setia Anda

posing jgn tak posing


dj Andy yang khabarnya makin glamor

Dj julia yg semakin anggun gituuu..

Ingatkan bila dah ke Miri, lamalah tak dapat jumpa kawan-kawan. Rupanya tidak. Macam-macam urusan yang membuatkan saya kerap turun KL. Pada Hari Anugerah Q (4hb OKT 2008) di Auditorium Perdana saya dapat jumpa mereka terutamanya kawan2 klfm. Dapatlah saya menyaksikn sketsa mereka yang gempak tu. Tahniah kepada KLfm yang berjaya menerima Anugerah Inovasi. Selepas itu pada 14.11.2008 dapat jumpa lagi, jumpa dan jumpa lagi sehingga saya rasa macam dah bertukar balik ke KL. Tak apalah selagi boleh jumpa kita jumpa.Tak sah jumpa Julia kalau tak bergambar..tima kacih Andywati atas ehsan foto.