Friday, April 27, 2012

Sepetang Bersama....



semoga lebih bahagia selepas  bulan Okt  2012                                         
                                           Adibah dulunya saya panggil Dibah aje. Ingatkan
                                           sebaya..rupanya jauh lebih tua. Itulah akibatnya
                                           terlalu awet muda.
Noorhabibullah Abu Bakar dan Siti Aishah Bakri.
bestnya teh tarik tu. berbuih-buih...
wajib posing ramai-ramai.
 Zulraidi Radzi lebih  dikenali sebagai Ustaz. Beliau                
yang sering dijemput untuk membaca doa dalam 
                majlis-majlis rasmi.                                          
                                                        Kita minum duluuuuuuuuu
phewitttt
yang tersandar tu dah tak larat sangat ker ?
serius benar nampaknya...

Mereka adalah kawan-kawan seangkatan yang saya pernah bertugas sewaktu di Rangkaian Nasional, Radio Muzik/Radio2 dan di FM Stereo. Osman Mohd Noor yang pakai baju t-shirt belang tu kiranya yang paling senior dan pakar dalam muzik dan lagu-lagu klasik.  Melalui beliau saya kenal nama -nama besar seperti Beethoven, Chopin, Tchaikovsky dan ramai lagi  pemuzik barat yang terkenal dengan lagu klasik. Kini beliau telah bersara dan banyak menghabiskan masa dengan membuat gitar. Gitar buatan beliau bukan calang-calang. Kayunya saja dibeli khas dari Cardoba, Sepanyol. Kalau gitu kena petik lagu  Quizas, Quizas, Quizas ler.


Adibah  juga seorang juruhebah . Saya pernah bersama beliau sewaktu di Radio 2 dan FM Stereo. Beliau kini bertugas di Klasik Nasional. Bulan Oktober 2012 beliau akan bersara. Kesempatan ini yang kami ambil untuk mengeratkan silatulrahim.. Jangan tak tahu Adibah juga adalah seorang penulis yang telah menghasilkan banyak cerpen.


Semasa di Radio Muzik/Radio 2 dan  FM Stereo saya sempat bersama Noor Habibullah Abu Bakar dan Siti Aishah Bakri. Kami berpisah selepas itu apabila saya ditukarkan ke KLfm. Manakala Zulraidi Radzi pula lama mencurah bakti di Radio 1 dan FM Stereo. Kemudian beliau bertukar ke Unit Suara Islam dan sekarang ditempatkan di TV 2.

Banyak kenangan bersama rakan-rakan ini sehinggakan ada stesen-stesen yang disebut tadi sudah  tidak wujud lagi. Noor Habibullah yang dulu pernah menjadi penyampai berita kini ditempatkan bersama saya di TV1 dan Siti Aishah Bakri di Unit Penerbitan dan Dokumentari TV.

Pindah punya pindah, pusing punya pusing akhirnya kami bertemu juga. Indahnya kenangan waktu dulu yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Hanya keihklasan dalam berkawan saja yang dapat dirasa...

Friday, April 13, 2012

Budi Baik DiKenang Jua...



Nama penuhnya Dianawati. Orangnya manis, lemah lembut dan kaya dengan senyuman. Saya kenal dengannya bila sudah bertukar ke TV1. Tugas kami saling berkait. Banyak yang diajarnya kepada saya tentang Operasi di Bilik Siaran. Syukur alhamdulillah saya yang dulunya dalam kegelapan kini dah boleh nampak jalan.
Bukan senang nak tahu tentang selok-belok operasi siaran tv ni.Kelalaian yang sikit jer boleh gelap kaca tv tu.





Tak sampai setahun bersama Diana..tup..tup beliau dapat offer dari TV Hijrah...memang patut pun sebab dia memang komited dan pakar dengan bidang itu... maknanya beliau akan berpindah ketempat lain. Aduhai ....
berita yang tak nak didengar tetapi kena menghadapi. Baru kenal dah nak pergi.....apapun terima kasih Diana dan kawan -kawan teknikal yang banyak membantu.


                                                                                       yang macam nak tumbang tu Suhana, Farhana,Diana, Suzanna
dan Noor Habibi.


Suka dalam sedih begitulah diibaratkan...Kepada Diana selamat maju jaya ditempat baru dan semoga akan lebih cemerlang. Pasti kami semua akan merindui saat manis yang pernah kita lalui....terutamanya bila nak ambik "order". Ingatlah kita hanya jauh dimata tetapi dekat dihati.

Saturday, January 7, 2012

Tahun Baru 2012


Selamat Tahun Baru 2012 . Kepada kawan-kawan yang menghitung kejayaan demi kejayaan tahniah diucapkan. Kepada yang kurang berjaya jangan berputus asa. Langit itu tak selalunya cerah. Macam saya juga sepatutnya banyak yang indah-indah saya nikmati pada tahun 2011, tetapi semuanya tak menjadi..ibaratnya kaku, layu, terkulai lalu mati. Namun Tuhan masih sayang, diberinya kekuatan, ketabahan dan kesabaran tahap maksima lalu pada Tahun 2012 ni harap semua keperitan akan berlalu. Adoi beratnya ujian ini. Selamat tinggal semua yang menyakitkan pada tahun 2011. saya harus bangkit..terus mencari semangat yang hilang.

Friday, December 9, 2011

Jemputan Kahwin

Bergambar bersama pengantin, sahabat2 Klasikfm dan Klfm

lama betul tak jumpa..zack misai,han solo abahir dan roskalas

sahabat klfm yang namanya dayang senandung

Bulan Disember biasanya memang banyak majlis kenduri kahwin. Saya seboleh-boleh akan cuba memenuhi setiap jemputan. Bukan apa untuk meraikan kawan-kawan dan menghormati jemputan. tetepi kalau berlaga tarikh kadang tu terlepas jugak. Apapun terima kasih kepada kengkawan yang telah melayang kad jemputan. Majlis yang sempat saya hadir ialah di Majlis perkahwinan anak kepada sahabat KLFM Abahir dan Roskalas di Sg Besi. Majlis berlangsung dalam suasana warna ungu dan meriah sekali. Sempat saya merasa acar buah dan agar-agar kering yang dibuat oleh Roskalas yang teramat sedap sekali. Tak sangka pandai memasak rupanya Roskalas ni. Saya dikhabarkan ramai sahabat2 Klfm yang datang tetapi sayang tak sempat jumpa semua sebab saya sampai agak lewat kerana menghadiri satu majlis yang lain.Sahabat-sahabat yang tinggal cuma mamarock, niqanja, ayu, anakkota,zack misai, ma manja, hansolo dan beberapa orang lagi. Seronok melihat keakrapan mereka yang bagaikan adik-beradik. Sebelum balik, sempat jugak mendengar lagu Bandar tasik Selatan yang dinyanyikan oleh mamarock...hebat...betul2 rock. Kepada abahir dan roskalas tahniah, selamat menerima menantu dan kepada pengantin baru semuga berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat.

Wednesday, December 7, 2011

Cuti Sekolah.....

Cuti sekolah bermula lagi. Ada jugak ibubapa yang suka kalau anak-anak bersekolah sebabnya tak payah hendak kelam-kabut menjaga mereka dirumah. Kalau disekolah semuanya terkawal. Kesian la pulak kat Cikgu. Pagi /petang ada aktiviti... tau-tau senja baru pulang ke rumah. Tu pun keletihan.Tapi dah cuti sekolah ni sepanjang hari anak-anak ada dirumah. Kalau ramai alahai tambah meriahlah rumah. Saya yang seorang ni pun tak tertahan. Macam-macam perangai yang dibuatnya. Mulalah radio yang tak ada frekuensi berkumandang. Ni muka baru lepas dengar radiolah ni.. Alalaaaaaaaa










Aikkk...boleh posing pulak. Budak tu budak jugak. Peduli apa dia kita marah ke tak ....apapun wak sabarrrrrrrrrrr.









Sikecil 'frust' kali ni...sebabnya saya tak dapat cuti.Almaklum...bulan ni banyak program.Jangan tidak mengecewakan, saya pun bawaklah sikecil ni ke Wet World Pedas, Rembau Negeri Sembilan. Tak kisahlah sekejap ke lama, jauh ke dekat yang penting ada kolam..budak-budak dengan air memang tu yang diidamkan.



Nak bagikan dia lagi gumbira, nah dibelikan baju mandi apalagi senyum meleret tak berkesudahan. Masa kecik ni bagilah peluang pakai. Wet World Pedas ni kira okey jugaklah . Bayaranpun tak mahal. Waktu saya pergi tak ramai pengunjung sebabnya bukan hujung minggu. Jadi taklah susah nak menjaganya.




Saya perhati dari jauh jer. Risau jugak bila banyak berita yang melaporkan ramai kanak-kanak yang mati lemas... baik di sungai, laut maupun kolam. Kalau musim banjir apatah lagi. Tak taulah salah siapa ??? Untuk menenangkan hati kita katalah " dah Qada dan Qadar."..






Tahun depan dah darjah 3. Harap-harap pelajarannya tak merosot seperti tahun 2011. Sikap malas , degil, tak dengar cakap dan suka bohong kena buang jauh-jauh..kalau tidak nanti, cuti kat Wet World Pedas, Rembau, Negeri Sembilan ajerlah ekau. hehehe.



When I was just a little girl
I asked my mother, what will I be
Will I be pretty, will I be rich
Here's what she said to me.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

When I was young, I fell in love
I asked my sweetheart what lies ahead
Will we have rainbows, day after day
Here's what my sweetheart said.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see

Que Sera, Sera
What will be, will be.

Now I have children of my own
They ask their mother, what will I be
Will I be handsome, will I be rich
I tell them tenderly.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

Friday, November 25, 2011

Happy Birthday 2011

terima Kasih Dato Chef Ismail yang sponsor kek oren.

weh mamat ni bilalah nak berhenti berasap

yummy..

kak posh, Lan dragon, zana, linn dan moon

adoi ganaz nya...


Lamanya tak update blog... dah 8 bulan saya bertukar balik ke K.L nilah baru nak tulis-tulis . Keadaan ditempat baru ni membuatkan saya berada dalam tekanan kerja. Jauh beza bekerja di radio dan diTV dimana semuanya adalah benda-benda baru. Tulah agaknya yang membuatkan saya menyepi. Bukan tidak rindu, bukan tidak mahu tetapi tidak ada cerita yang hendak dikongsi. Saya sebenarnya memang tidak minat menulis tetapi saya lebih suka membaca atau membuat 'voice over' macam yang dekat radio. Nasiblah pic yang ada ni tak diserang virus. Tulah simpan jer gambar dalam memori card tak sedar virusnya dah berjangkit-jangkit. Secara kebetulan, kami semua ni menyambut birthday dalam bulan JULAI. Jadi kami pun berpakat untuk menyambutnya bersama. Semua kawan-kawan ni saya kenal bila dah tukar di Kuala Lumpur. Mereka ni kiranya macam adik-adik. Kenalkan yang lelaki tu namanya Razlan..dipanggil Lan Dragon. nakal dan manja orangnya, yang bercermin mata gebu tu dipanggil zana..sangat peramah dan kuat makan, Linn pulak yang berbaju kurung biru..lemah lembut,sopan santun pun kuat makan, yang kuat ketawa tu dipanggil moon. orangnya giler-giler tetapi taklah gila..bujang lagi tau. Tahun depan kalau panjang umur bolehlah raikan lagi harilahir KITA ni.

Wednesday, December 29, 2010

Sampaikanlah Salam.....

Goodbye..
Berenang-berenang si ikan keli
Bila senang datanglah lagi.
Satu-satunya sahabat KLfm yang saya kenal dapat saya jumpa di Kuching, Sarawak. Pada kesempatan mereka bercuti ke sini baru-baru ini sempatlah kami berjumpa. Alahai seronoknya dapat jumpa. Walaupun kunjungan ni tidak lama tetapi cukup meninggalkan kesan. Abahir, Roskalas dan Ayu terima kasih daun keladi. Lain kali datanglah lagi.