dirumah Mirza-majlis akad nikah
eh sempat posing. berbaju melayu tu dj AJ, dj Yazid,
dj Nor Hidayah dan Dj AM
bersama keluarga Zila yang peramah dan dj AJ
Tahniah diucapkan kepada dj-dj Sarawakfm yang telah melangsungkan majlis perkahwinan sepanjang tahun 2010. Ada jugaklah kad undangan yang saya terima. Kepada dj Azaz dan Dj Surinam saya minta maaf kerana tidak dapat memenuhi undangan. Mungkin dah rezeki saya maka saya dapat hadir meraikan majlis Hasfazilawaty (dj Sibufm) dan pasangannya Ahmad Saddique. Begitu juga majlis dj Zulmirzawati dan pasangan yang berlangsung di Dewan Suarah, Kuching, Sarawak.. Dah nama pun pengantin, memang Zila dan Mirza nampak cantik berseri-seri. Saya memang suka dan seronok dapat hadir pada majlis macam ni. Nasi minyak dan menu lain memang menyelerakan. Yang paling penting dapat bertemu berkenalan mesra dengan masyarakat disini. Terima kasih Aj kerana menjadi pemandu pelancong sewaktu berkunjung ke majlis Zila dan terima kasih kepada Melati kerana menjadi jurutunjuk ke rumah Mirza. Semuga perkahwinan mereka akan kekal bahagia sepanjang hayat. Tak sabar nak tunggu kad jemputan Dj -dj Sarawakfm yang lain seperti Am, Aj, Yazid, Faezah, Corinna, Jumaatun, Dayang Fariza dan Muliamee. Jangan tunggu lama-lama...
4 comments:
Selamat Pengantin Baru kepada semua Dj2 Sarawakfm yang sudah berkahwin. Yang masih single, bila lagi. Jangan tunggu lama2, belasah je mana yang berkonan!
Chewah abang putra tulah kisahnya anak buah sejak ditinggalkan.Ingatkan dah sireh pulang ke gagang tak nak tau dah kisah org kt sini..Mcmmana nak belasah takdo yang berkonan. hehehe. Apapun selamat terus menongkah masa depan yang cemerlang.
sungguh ceria warna baju KAK POSH..cantik
ix tu warna-warna kek lapis sarawak. hehehe
Post a Comment