Monday, June 30, 2008

Nyaman Dan Tenang


tenang dan nyaman

Mana-mana pun pasti ada tempat-tempat yang cantik dan menarik. Gambar-gambar ni menggambarkan betapa tempat ini tenang dan nyaman. Tak payah nak cari tempat ini. Dekat Bandar. Dekat laut dan muara.??Nak cari makanan pun tak payah..sebab dekat dengan restoran yang menyajikan masakan Indonesia. Di sinilah saya merasa makanan yang namanya Lalapan. Woww..memang betul sedap. Selera kampong macam saya memang sesuailah. Sambal belacannya yang special..berasap you. Minuman pun bermacam-macam jenis.. saya cubalah Teh C peng.. apa tuh ?? Okeh boleh tahan dan boleh layan.. Jom kawan-kawan. Datang ke Miri, boleh tengok tempat-tempat ini dan rasa Lalapan. Bestttt. Sorry tak ada imej Lalapan . Takut ada yang kempunan. Heh.heh

Thursday, June 26, 2008

Dj -Dj MIrifm 95.7 mghz




krew yg terlibat menjayakan dj corner

Ni dari siaran Mandarin, dj Teo dan dj Yii

Dj Rosland, Dj Kak Mai dan Dj Sherina. Yg sorang tu Mira

Disini bos suruh jugak saya buat konti. Tapi biarlah. Saya nak sesuaikan diri dengan situasi baru dulu. Saya menyelia siaran Melayu, Iban, Cina dan Kayan Kenyah. Satu hari siaran hanya 18 jam sahaja. Bermula pukul 9.00 pagi hingg 9.00 mlm. Walaupun nampak macam banyak, tetapi tak susah jaga dia orang. yang penting masing-masing tahu tugas dan tanggung-jawab sendiri.
Di Karnival Permotoran dan Sukan Air Bakam 2008 pun ada dj korner Mirifm. Wahh boleh tahan dia orang. Berkenalanlah dengan dj-dj Mirifm 95.7 mghz .Yang senyum sokmo Rosland namanya..kira antara dj popularlah tu. Dj Sherina, Dj Kak Mai dan yang comei tu dari bahagian teknikal Mira namanya..pandai cakap mandarin u. Wah.. ni hen pioliang..

Suasana Berbeza

sempat jugak dia orang tangkap ikan...dapat jugak saya rasa ikan yang
baru naik dari laut..

sempat jinjing kasut..

memang cantik tempat nih..salah seorang drpd peserta jetski

12hb Jun 2008 pertama kali saya menjejak kaki ke RTM Miri di Sarawak. Perjalanan semuanya lancar. Saya disambut mesra oleh staff yang namanya Nuriah yang telah melayan saya sejak dari awal sebelum saya ke sini. Bila jumpa, orangnya peramah, cun jugak dan baik budinya. Melapor diri di bilik Bos..alamak nampak mukanya serius dan garang. Tetapi mudah mesra , simple dan senang bekerjasama. Syukur alhamdulillah. Ini menampakkan tanda-tanda akan mudah kerja saya di sini. Berjumpa dengan staff, semuanya mesra dan sangat helpful...Maknanya saya tiada masalahlah bekerja disini..Macam di KLfm juga, di sini banyak event yang berlangsung. Datang-datang aje terus dengan Karvival Permotoran Dan Sukan Air Bakam 2008. Memang seronok. Lokasinya dekat laut. Acara-acar melibatkan alauat, darat dan sungai. Aktivitinya jetski, motor cross, berakit memang menyeronokkan. Walaupun cuaca panas, namun tidak menghalang pengunjung datang dengan ramainya. Dj Corner pun ada....dj Mirifm pun turun sama. Syoknya pengalaman baru..