Sunday, December 21, 2008

Ronda Ronda lagi...

pasal posinggg ..no hal

sebelum bersidang..sempat lagi bergambar. yg berdiri hensem tu
dari Tawaufm, Perakfm, Urusan Rancangan Rakam-khanah &
Asyikfm. yg duduk dari Unit Penyelarasan Radio dan yang
bermisai En.Zainal Abidin Asri dari unit Bekalan Filem

Pn. Fee (Pengawal Klfm), Pn Rohani Harithuddin (Pengawal Traxxfm ) dan Cik Siti Mohani Saad (Pengarah Mutiarafm)

Yang ini dari Langkawifm. En Razaly namanya.


fuyoo..berbaju putih Datin Rosni Yusof , Pengawal Muzikfm


Amboi.. En Shukri di kelilingi oleh golden girls..
berehat selepas mesyuarat.

Mesyuarat yang diadakan di Swiss Garden Resort and SPA Kuantan, Pahang pada 17 hingga 21 Disember mempertemukan saya dengan lebih dari 100 orang wargkerja RTM dari seluruh Malaysia. Paling membanggakan penutup mesyuarat turut dihadiri oleh Yang Berhormat Menteri Penerangan Dato Ahmad Shabery Cheek. Amanat menteri sudah semestinya ingin membawa RTM kepada dunia dan dunia kepada RTM. Aspirasi ini adalah satu tanggungjawab besar yang harus dipikul oleh semua yang bergelar warga RTM. Dengan usaha yang gigih dan pemikiran yang kreatif saya percaya RTM akan terus relevan menyusuri arus perdana. Pada malam penutup kami sempat ke RTM, Kuantan menyaksikan Muzika Extravaganza yg mengabungkan artis2 dari Singapura dan Malaysia. Persembahan malam tu boleh diberi pujian kerana show dikatakan mantap, meletup dan menghiburkan. Disebabkan jadual yang padat kami tidak punya banyak masa untuk ronda-ronda . Tetapi dalam perjalanan balik ke KL sempat jugak kami merasa ikan patin yang dikatakan popular di Kuantan. Cuma ralat cari keropok lekor tak jumpa...mungkin tak kena dengan masa agaknya.