Friday, January 23, 2009

Xin Nian Kuai Le

Tarian Naga

YB Datuk Peter Chin, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

senyum YB Lee Kim Shin dan penerbit Wee Geok Moi
dari perkhidmatan mandarin

YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan bersama-sama wartawan
dan jurugambar

Diam tak diam dah hampir lapan bulan saya kembara. . Sempena dengan Gong Xi fa Cai, Timb Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Dr Tan Sri George Chan sempat berkunjung ke RTM Miri untuk rakaman ucapan Tahun Baru Cina. Walau pun sudah berusia 65 tahun beliau masih lagi aktif dan seorang yang berpengalaman luas dalam politik . Banyak persatuan dan aktiviti sosial yang dinaunginya. Dari raut wajah dan pertuturannya yang lembut tidak hairanlah jika pemimpin ini masih bertahan sehingga kini. Datuk Peter Chin yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan Gong Xi fa Cai. Beliau seorang yang ramah dan pandai buat kelakar tetapi jangan tak tahu beliau juga seorang yang tegas apabila berkaitan dengan tugas. Boleh saya simpulkan kebanyakan pemimpin-pemimpin yang saya temui disini mudah didekati, sangat mesra dan senang bekerjasama. Begitu juga dengan YB Lim Kim Shin ADUN Senadin yang banyak menjadi penasihat dan pengerusi pelbagai pertubuhan. Beliau nampak macam pendiam tetapi boleh layan bila dah lama kenal. Apapun kepada semua yang berbangsa Cina, Gong Xi fa Cai. Tak lupa kepada Mr Ho dan keluarga dari FMC...Selamat Tahun Baru Cina.

Tuesday, January 20, 2009

Miawwwww

mercutanda Kuching

macam dah lama kenal.. sama-sama kembara. heh..heh.. dalam perahu
nak ke Fort Margherita
nak naik perahu ke seberang
suatu senja di Kuching
tu dia bujang senang....datang Kuching jangan lupa cari ..
Kalau nak cari Kek Lapis Sarawak, Ikan Terubuk Masin atau nak merasa Umai dan Laksa Sarawak, ha.. kat sinilah tempatnya. Bila berkesempatan terbang ke Kuching, saya memang tak lepaskan peluang jalan-jalan di sekitar waterfront yang hampir dengan tempat penginapan.. boleh jalan kaki jer. udaranya nyaman, selamat dan dapat tengok pemandangan yang penuh dengan nilai-nilai kehidupan. Petang-petang boleh pergi jogging , duduk termenung atau shopping. Lepas jogging makan aircrram goreng dan nasi greng seafood..fuh..sorang sorang pun berselera . Di seberang sungai tulah kalau nak beli kek lapis atau nak melawat ke Fort Margherita. Apa dia Fort Margherita tu? Alkisahnya dibina pada tahun 1879 sebagai benteng pertahanan dari lanun. Nama tu diambil sempena dengan nama isteri kepada Charles Brooke iaitu Ranee Margaret. Disana ada Muzium Polis yang mempamirkan senjata2 yang digunakan pada zaman komunis memberontak.Paling popular kat sana ada "laughing skulls". Tu yang buat ramai orang datang nak tengok. kalau nak pergi naik bot dengan hanya bayaran 50sen. Pemandu atau pendayung perahu kebanyakannya boleh dikategorikan sebagai warga emas yang masih gigih mencari rezeki. Kesian juga dalam satu hari nak dapatkan RM50 pun susah..Bersyukurlah dengan apa yang kita ada...

Friday, January 9, 2009

Bintulufm 97.5 mghz


RTM mencatat sejarah dalam dunia penyiaran dimana wujud lagi 2 stesen radio di Sabah dan Sarawak menjadikannya sekarang 34 stesen iaitu Keningaufm dan Bintulufm. Majlis doa selamat dan siaran pertama diadakan dengan kehadiran Timb Pengarah Kawasan Sarawak Tn .Hj Monsyi Abdullah dan turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan yang lain pada 1hb Jan 2009. Selama lebih sebulan krew teknikal dari Kuching dan Kuala Lumpur berkampung di Bintulu untuk setting dan touch-up. Bila sampai di Bintulu saya rasa semacam berada di Kuala Lumpur kerana ramai muka-muka yang saya kenal berada dekat sana. Alahai hilang rasa rindu pada kawan-kawan. Dapatlah seminggu bersama-sama mereka sebelum semuanya kembali ke KL. En Razak macam biasa kena jadi sifu untuk mengajar dj-dj mengenai sistem. Begitu juga Din, Pok Nik, Yusri, Eton, Ina, Shafie , Lan dan Pak Ya. Macam-macam kerenah lah yang dia orang kena layan. . almaklum stesen baru. Nasib baik ada Nasi Ayam Penyek yang boleh membuatkan dia orang cool.. jom layannn pertemuan yang mesra, ceria dan penuh gelak ketawa yang akhirnya menjadi lara. ..sebab saya kena tinggal. Goodbye friends..