Tuesday, August 19, 2008

Mendekati kaum etnik di Sarawak

makcik ni dah umur 70 tahun. semasa umur 5 hari dia dah pakai tembaga
nih..beratt..

yang ni berbangsa Kenyah. Umur dia sekarang dah 65th


ni masyarakat Penan. Dia orang popular membuat sagu. Sempat jugak saya
mengikis sagu. tu. Payah rupanya.

ni masyarakat Iban. proses beras dengan cara tradisi
mengisar dan menumbuk.
masyarakat Kenyah popular dengan memasak nasi
dalam daun.. Sedap nasi tu. lembut dan wangi. Kira macam ketupatlah.

alat-alat memasak tradisi masyarakat Kenyah.

Sempena dengan Baram Regatta Antarabangsa ni ramai kaum etnik yang turun. dapatlah saya berjumpa dengan etnik Iban, Kayan Kenyah, Penan, Visayah, Saban , Melanau dan banyak lagi. Susah hendak membezakan etnik ni. Kecuali apabila mereka bertutur dan melihat dari gaya pakaian. Kebanyakan mereka beragama Kristian. Dikhabarkan kalau yang berbangsa Iban lagi banyak tatoo dibadan, kira lagi 'UP' dia orang. Begitu juga yang telinga panjang ni. Mereka biasanya dari kaum Murut dan Kayan. Lagi panjang telinga tu, kira lagi 'lawa' lah. .yang disangkut kat telinga tu diperbuat darpada tembaga. Sempat saya memegangnya. Berattt. rasa macam nak pegang telinga tu..tapi tak berani pulak...geli. heh..heh. Mereka dah pasang sejak dari umur 5 hari. Dapat bayangkan tak ?? tetapi anak-anak muda sekarang dah tak praktikkan sangat. ada... cuma dah kurang.. mereka pun dah mengikuti arus pemodenan.

Baram Regatta Antarabangsa 2008-Perjalanan Ke Marudi

Azizul dan Salwa antara artis yg mengadakan show. Syokk dapat
jumpa dia orang yg sporting. Seorang lagi tu pegawai keewangan Mirifm,
En.Mahli Junit yg peramah.

sempat posing sebelum naik bot

Bersama krew dari RTM Kuching nak balik ke Miri
nasib baik tak mabukkk
Sungai Baram yang kami lalui. Khabarnya ada buaya dalam ni ,

Negeri Sarawak memang terdapat banyak sungai yang merupakan sebagai perhubungan dari satu destinasi ke satu destinasi. Perjalanan ke Marudi dari Miri memakan masa 3 jam dengan menaiki bot dan hanya 15 minit sahaja kalau terbang menggunakan Maswing. Satu pengalaman baru bagi saya. Di Marudi inilah berlangsungnya Baram Regatta Antarabangsa 2008 iaitu acara tahunan yang diadakan dua thun sekali. Kami berkampung hampir seminggu kat sini. Macam-macam aktiviti berlangsung selain ada Dj corner Mirifm. Ada pertandingan Datun Julud iaitu tarian panjang oleh masyarakat Orang Ulu, Pertandingan bot laju, Mencari Baram Idol dan banyak lagi yang berkaitan dengan air. Saya macam biasalah bertugas jugak lah sebagai Emcee. Salwa Abd Rahman , Azizul Khamis dan Nai (Dinamik) menjadi commentator. Tetamu VIP antaranya, Ketua Menteri Sarawak, Tuan Yang Terutama Dato Patinggi Salehudin dan ramai lagi. Acara berlangsung dengan meriahnya dalam cuaca yang agak panas. Syoknya kerana saya dapat mendekati masyarakat etnik disini dan mengenali budaya mereka..

Tuesday, August 5, 2008

Pencarian Baram Idol 2008




2 Ogos 2008 diAuditorium Mirifm berlangsung lagi Ujibakat . Mana-mana stesen pergi pun tak pernah tak ada ujibakat. Kali ini untuk pencarian Baram Idol Sempena dengan Regatta Antarabangsa yang akan diadakan di Marudi pada 15 - 17 Ogos 2008. Mirifm diberi mandat untuk menjayakan baram Idol nih. Huh ramai yang turun hari tuh dengan macam-macam patern. Lagu pun macam bahasa..yang banyak hari tu ialah lagu Iban. Not bad. Terhibur jugak. Ni antara peserta-pesertanya. Opppsss..saya jadi juri ke ????