Wednesday, December 23, 2009

Salam Windu dari Limbang..


Dari Miri ke Limbang kalau menggunakan jalan darat mengambil masa lebih kurang 4 jam. Tetapi dengan menaiki maswing hanyak 30 minit sahaja untuk sampai. Stesen RTM disini iaitu Limbangfm merupakan stesen paling jauh diutara Sarawak dan berjiran dengan Brunei dan Sabah. Sewaktu berkunjung ke Limbangfm sempat jugaklah saya posing kat muara sungai ni. Sungai ni merupakan laluan yang cukup aktif menghubungkan penduduk2 yang tinggal disekitar tepi sungai dengan bandar yang berhampiran.

Wednesday, October 14, 2009

Jom ke dapur..


kek lapis helton
Sarawak memang popular dengan kek lapisnya. Saya sempat berkunjung kerumah salah seorang daripada staff mirifm. Inilah kek yang dijamunya. Wow memang sodap.. Apalagi saya pun tanyalah resepi dan saya kongsikan bersama. Jom kedapur, kita buat kek yang lapis-lapis tu. saper-saper yang dah buat respon yerk. saya sendiri pun tak cuba lagi. hehehe
Bahan-bahan yang diperlukan:-
12oz mentega
1 gelas gula
1 ¾ setengah gelas tepung gandum
1 tin kaya kecil
1 tin susu pekat manis
5 biji telur ayam
2 sudu vanilla
sedikit nescafe bancuh dengan sedikit air
Pukul mentega dan gula hingga kembang, masuk telur satu persatu. Masuk serikaya dan susu dan kacau.
Masukan tepung gandum, vanilla dan kacau lagi. Bila sebati bahagikan kepada 4 bahagian.
1. warna merah
2. warna kuning
3,merah hijau
4. warna coklat (nescafe)
Kukus warna coklat dahulu hingga masak, masukkan warna hijau kukus hingga masak, selepas tu masukkan warna merah kukus hingga masak dan akhir sekali warna kuning. Buatlah macam tu hingga habis..Jangan lupa tutup dengan kertas foil supaya air kukusan tidak masuk. Kalau tengok bahan2 yang digunakan memang manis bangat. Kalau tak suka manis boleh kurangkan gula dan susu pekat tu. Sebaik-baiknya adunan hendaklah dibahagikan sama sukatan supaya lapisan nanti nampak rata dan sama tingginya macam dalam gambar tu.


buah dabai

Buah ni Dabai namanya. Tak pernah saya jumpa kat Semenanjung. Tampoknya seakan langsat tapi bila masak berwarna hitam. Bila nak makan rendam saja dalam air yang sederhana panas, biarkan selama 3 minit. Bila lembut bolehlah dibuka dan makan. Isinya kekuningan dan lemak rasanya. Ia boleh dimakan dengan garam, kicap, gula atau begitu saja. Makan sebagai ulam dengan nasi pun boleh. Kat sini ada Nasi Goreng Dabai lagi.. boleh tahan gak sedapnya...

Friday, October 9, 2009

Suratan Atau Kebetulan

Little Tamara

jangan curi cd i tau...

suhaimi dan keluarga
Suhaimi dan Suzani serta anak mereka Little Tamara. Comei betul budak ni. Percaya tak bapa dia yang beli assessori tu dan jadi tukang mekap. Excited lah tu baru dapat cahayamata, perempuan pulak. hai bertambah bahagialah hidup. Tapi kena jaga-jaga juga jangan sampai ibu dia terasa . Bila pulak yang kedua ?? Apapun Terima kasih kepada semua yang sudi datang, minta maaf atas segala kekurangan. Kepada kawan-kawan yang tidak berkesempatan berjumpa pada kali ini, insyaallah mudah-mudahan pada lain kesempatan ketemu juga.

tajam jelingan lovelyace tu..
Tahun lepas saya berkesempatan jugak berkunjung dirumah beberapa orang sahabat di KL. Tapi kali ini memang tidak sempat. Sehari sebelum saya terbang ke Miri, saya terima sms daripada JA. 'Kak ada kat rumah tak ? kita orang nak datang beraya '. Alahai JA, dalam keadaan tidak bersedia dan kelam kabut, memang rasanya nak menolak. tetapi mengenangkan baik budinya dan dah lama tak jumpa saya menerima dengan persediaan seadanya. Setelah tersesat-sesat sampai jugaklah JA, Lovelylace dan Megat kerumah. Seronok pertemuan itu walau hanya sekejab cuma. JA maintain macam yang pernah saya jumpa. Lovelylace nampak semakin ramping dan cantik. Megat tetap kekal macam orang muda. saya tengok dia orang ni serasi berkawan. Apapun terima kasihlah atas pemberian yang tidak pernah berbalas..

zety yg senget tulah..
Yang ini pulak kawan yang agak lama terpisah dan tak jumpa. Zety Ahmad namanya. Dulu dia dj di klasik Nasional, lepas tu mengikut langkah jejak DJ Izan menceburi diri dalam bidang perguruan. 'kak , zety nak datang beraya kat kampong akak boleh tak ?', gitulah lebihkurang bunyi smsnya. ,akhirnya sampai jugak beliau tiga beradik dari Temerloh, Pahang pada dua hariraya (lebihkurang dua setengah jam perjalanan). Terrorlah adik beradik ni, walaupun baru pertama kali sampai ke kg saya tetapi tak sesat...terus sampai depan pintu. Cayalah. Zety ni brutal , memanglah pandai bercerita dan kuat ketawa. Atih dan adik cool, senyum sepanjang masa. Memang meriah perjumpaan ini..

Rosmaria yang masih lagi mengancam..hehehe

Selamat Hariraya Aidilfitri. Mohon maaf diatas segala kesilapan kepada semua sahabat dan kenalan. Kepada kawan-kawan yang masih ingat, dan kenal yang menghantar ucapan menerusi mms, sms, email dan kad terima kasih banyak-banyak diucapkan. Sekurang2nya terselit jugak lah nama saya dalam ingatan kalian. Raya tahun ni saya cuti 2 minggu tetapi rasa sekejap aje. Beraya di kg memang meriah dan menghiburkan. Kunjung mengunjung, menziarah pusara dan tahlil pada penghujung puasa enam memang menyentuh. itulah keistimewaan dan kemeriahan yang tidak dapat dirasa dibandar. Paling tidak disangka-sangka saya menerima kunjungan kawan sekolah sewaktu ditingkatan 3 di Sek Tinggi Methodist Seremban dulu. Aduhai Rosmaria namanya. Kiranya dah lebih 20 tahun tak jumpa. Macam ingat-ingat lupa. Apa yang mendorong beliau mencari ?? rupa-rupanya nak bagi kad jemputan kahwin. Dah nak terima menantu rupanya .Tahniah dan jadilah mertua yang sporting. (kiranya dah tualah kita yerk) hehhehe. weh nostalgiknya pertemuan.

Aktiviti Bulan Ramadan

Ramadan kali ini sekali lagi disambut seorang diri ditempat orang..sedih dan sepi lah jugak. Nasib baik aktiviti-aktiviti di sini dapat melenyapkan semua tu sehingga tak rasa masa berlalu. Yang seronoknya apabila dapat membahagiakan golongan yang memerlukan. Kehadirian YB Aidan Wing dan Tuan Residen Miri ini sebahagian daripada sokongan mereka. Kepada ibu-ibu yang tabah ini terima kasih kerana turut bersama Mirifm, mereka memang kami undang khas untuk menjayakan program ini. semuga Ramadan ini memberikan sinar kebahagiaan buat semua.

Majlis rakaman raya ni berkonsepkan pondok-pondok yang terdiri daripada Pondok Etnik, Bahagian Kejuruteraan, Bahagian Rancangan dan Pentadbiran. Tak sangka begitu meriah jadinya. Macam-macam menu yang dihidangkan semuanya tanggungan persendirian. Tak ketinggalalan staf pun turut buat persembahan. Macam-macam bunyi keluar. Bagi saya okeylah tuh. Sekurang-kurang mereka berani mencuba. Lagi sumbang bunyi lagi lah pulak menghiburkan. Chewahhh yang dia orang tayang tu, kira menang hadiah lah tuh. Tapi da orang bukan ditempat pertama. Sajalah nak suka-suka dan beri semangat supaya lebih bekerjasama pada masa akan datang..

Dalam majlis yang lain pula, adik-adik ini diraikan di Hotel Mega, Miri. Mereka semua adalah dari PERYATIM. Macam biasa bila raya adik-adik ni agak mewah sedikit. Almaklum ramai yang nak bersedekah. Majlis tambah bererti dengan hadirnya YB Ahmad Lai bin Bujang, En Mohd Amin dari Petronas dan ramai lagi. Pengurusan Hotel Mega pun cukup memberi kerjasama dalam mengisi tanggungjawab sosial ini.




Sama-samalah kita doakan semuga adik-adik ini akan berjaya dalam pelajaran dan menjadi rakyat yang berguna satu hari nanti. Kesusahan hari ini tidak bererti kita akan terus susah untuk selama-lamanya.



Friday, August 21, 2009

Terima Kasih Miri Marriott Resort & SPA

Jemputan makan ke Miri Resort & Spa Marriott pada 20 ogos 2009 memang tidak mampu ditolak. Memikirkan konsep makannya di dapor, tu yang nak ditengok dan dirasa. Apalagi apabila pegawainya yang mesra iaitu Suryati, Shirley dan Lian beriya-iya menjemput. Disana berjumpa lah dengan En. Antonio Kahti Galis dari Majlis Bandaraya Miri, Mr Lawrence Dato Bandar Miri, Rosie dari Imegresen, Mejar Nazrul , dan Bos Miri Marriott Resort & Spa , Mr Marcel Hinderen yang sentiasa senyum dan peramah..



Menu yang disediakan tersangatlah menyelerakan. Apalagi disediakan oleh Chef Omar Jikau yang berpengalaman. Antara yang dihidangkan ialah pencuci mulut 'black and white beauty' , 'spring salad', baked crab meat rangoon, australian beef tenderloin dan banyak lagi. Apalagi menjamu seleralah kami. En Antonio yang sepatutnya pergi beriadah petang tu terpaksa membatalkan program . Pertemuan mesra di Miri Marrriott Resort & Spa berakhir masing2 balik dgn kekenyangan. lepas ni bolehlah berpuasa dengan tenang. SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA.

Tuesday, August 18, 2009

Sibuk sangat ke ??

buah longan sape nak ??

cantik gak munga ni..biarlah berkembang

kembang setaman

sape nak mee kolok jom datang sini..

Tengok gelang-gelang dan hiasan orang pompuan ni ingat kat IXORA dan LOVELYLACE. Dia banyak "hadiah" kan saya perhiasan ni. Sampai sekarang saya menyimpan dan masih memakainya. Cuma belum berkesempatan nak beli dari dia orang, kerana asyik diberi aje. Tima kasih ix dan lovelylace , muga bertambah dimurahkan rezeki. Bulan Julai dan Ogos saya agak sibuk dan selalu tinggalkan rumah. Akibatnya tengoklah pokok longan depan rumah dah berbuah, pokok bunga walaupun lama tak siram masih berkembang, rumput meninggi dan lalang pun sampai berbunga.... aduhai macam ni ker ?????

Oh Kuching.....

Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak pada waktu malam

Aktiviti air di Tebingan Sungai Sarawak
tersergam indah

teringat lagu "sailing " oleh Rod Stewart
Letaknya sebelah Bangunan DUN Sarawak

Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang telah dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan pada 27hb Julai 2009. Tersergam megah di Tebingan Sungai Sarawak dan menjadi satu lagi tarikan pelancongan di negeri ini. Bersebelahan Bangunan ini tersergam pula ASTANA kediaman rasmi Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sarawak. Kalau datang ke Kuching jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan keindahan bangunan ini pada waktu siang dan malam. Nak ke sana kalau melalui jalan darat lebih kurang 30 minit tetapi dengan perahu hanya 5 minit. Gerai-gerai makanan pun banyak disediakan. Saya pun tak lepaskan peluang...setiap kali ke Kuching memang jalan- jalan di tempat ini menjadi satu daripada agenda. Kalau nasib baik dapat tengok matahari terbenam dengan panoramanya yang sangat cantik.

Monday, July 20, 2009

Antara musim bunga dan musim buah

Baru-baru ni sempat balik kampung. Walaupun sekejap cukup untuk lepas rindu pada emak dan kampung halaman . Sekarang ni musim panas, musim bunga dan musim buah cukup untuk menggambarkan keseronokan
"balik kampung". Alhamdulillah emak sihat walaupun ada sakit "orang tua" lah katakan. Mak ni walaupun dah berusia 73 tahun, tetapi tak reti duduk diam. Tengoklah gambar bunga-bunga ni, semuanya hasil titik peluh dia. Sikecik nilah yang jadi teman dikala sunyi.


Pokok rambutan yng rendang ni pun tak ketinggalan berbuah dengan lebatnya. Tak payah guna galah pun boleh capai dan makan.. pokok ini adalah hasil tanaman yang ditinggalkan oleh aruah abah yang masih dapat di nikmati sampai sekarang. terima kasih abah...20 thun telah berlalu, namun rindu padamu tidak pernah padam.


Hitam-hitam sitampok manggis, walaupun hitam ku pandang manis. ..Pokoknya kat belakang rumah, rendang dan buahnya boleh dicapai jer. pokok ni pun hasil tanaman aruah abah.



bunga-bunga yang cantik berkembang ni buat saya geram .berwarna warni sana-sini. cuba tengok celah-celah bunga butang tu.. ada cili padi lagi...
cukuplah untuk buat sambal belacan.....



Ni bunga kertas atau nama saintifiknya bourgenvilla. Kumpulan Spring pun ada nyanyi tajuk lagu
"bourgenvilla' dan berbunga sepanjang masa. apalagi kalau musim panas, memang menjadi. Nak jaga pun tak susah. Mak kata 'bunga ni tak banyak ragam, seminggu sekali siram pun okey". Kalau di Jepun boleh bangga dengan bunga sakura, rasanya kitapun boleh bangga juga dengan bunga kertas yang ada bermacam warna..

Pada musim panas bunga ros ni pun galak berbunga. Kelopaknya yang berlapis-lapis dengan warna merah menyala cukup menyegarkan. walaupun hanya sepasu sahaja tapi cukup untuk menceriakan halaman. bunga ni cantik tetapi sayang tak lama mekarnya. Bunga ni ' febret' mak dan bunga-bunga ni jugaklah yang menjadi pengubat sepi dan mengisi waktu senggang yang panjang.

Wednesday, July 15, 2009

Satu petang yang syahdu...

'sunset' di Pantai Tanjung Lubang, Miri


ada waktunya kita perlu lari dari kesibukan
untuk mencari ketenangan
Pelangi Petang
Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...
( korus )Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Sunday, July 12, 2009

Miri oh Miri

sempat posing ngan Datin Rosni

Selamat datang.....YAB Ketua Menteri Sarawak yang merasmikan
Majlis Sukan Jabatan Penyiaran Malaysia 2009

Tahniah. tu dia Azizah Sulaiman dan peserta2 lain dengan
piala kemenangan

tiupan angin marina bay yang mendamaikan. tiga sekawan Datin Rosni,
Kak Romi dan Kak Ann..

Dua acara berbeza yang berlangsung di Bandaraya Miri pada 22 hingga 27 Jun 2009 telah membuatkan saya dapat bertemu dengan kawan-kawan yang terbang ke sini. Walaupun jadual sangat padat , namun sempat jugak lah bawa mereka jalan-jalan dan makan-makan. Kak Zah , Liza , Dave Ain dan ramai lagi kawan-kawan yang lain saya jumpa dimajlis sukan jabatan penyiaran yang diadakan di Institut Latihan Perindustrian Miri. Mereka berkampung disini lebih kurang 5 hari dalam pelbagai acara sukan. Tahniah kepada Azizah Sulaiman dan team yang menjadi johan selama 8 kali berturut-turut dalam sukan bola jaring mewakili zon tengah. Wow ..memang hebat tu. Dalam satu majlis yang lain saya dapat pulak bertemu dengan Pn. Fee, Datin Rosni, Kak Ann , Kak Romi dan ramai lagi yang bermesyuarat kat sini termasuklah En Mustafa Kamal dan Tengku Idris.. . Cuma masa yang tak dapat nak memesrakan kita orang kerana jadual yang sibuk..apapun terubat rindu dapat jumpa kawan-kawan. Bila kena tinggal..huwaaaaaaaaaaaaaa Nak tunggu siapa dikalangan sahabat klfm yang pertama dapat saya jumpa disini...

Thursday, May 28, 2009

Sahabat Umpama pasir dipantai......

cayalah shuk dengan baby putih

jumpa mesra sebelum berpisah.

macam reunion plak .krew KLfm. Nik Aida dan Nazi bakal menjadi
raja sehari..senyum sokmo.

ni kawan2 yg sentiasa klasik.. diklasik nasional

chewahh...dj hezri & maiza musa..yg hensem tu sape ha ?? he..he

Memanjangkan mesej daripada seorang sahabat - How friendship break ? Both friends will think the other is busy , and will not contact. Thinking it may be disturbing. As time passes, both will think let the other contact. After that each will think why should i contact first ? Here your love will be converted to hate. Finally, without contact the memory becomes weak and they forget each other. here i am sending a message 'dear friends, i am fine here. Please keep in touch '.

Ulangtahun RTM ke 63

jom makan kek..terima kasih miri marriott
resort & spa

Majlis pelancaran siaran kenyah, radio online dan rancangan
baru mirifm 2009 sempena ulangtahun rtm ke 63 oleh YB Dato Jacob Dungau Sagan ,
Timb Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

RTM terus unggul dalam dunia penyiaran. Punyalah lama sampai dah berkembang jadi 34 stesen.Diam tak diam rupa-rupanya saya jugak dah lebih 20 tahun berkhidmat disini. Walahpun telah jauh dari ibupejabat namun kenangan bertugas di Rangkaian Nasional sekarang dikenali sebagai Klasik Nasional, FM Stereo dan Radio Dua kini Muzikfm , hampir 2 tahun di Unit Hal Ehwal TV, RMKL, Radio KL dan kini dikenali sebagai Klfm sudah cukup untuk memberi pengalaman yang tidak ternilai harganya dan cukup menyeronokan . RTM dulu...kini dan selamanya...azam terus membara untuk meningkatkan mutu perkhidmatan seiring dengan kematangan RTM. Selamat Ulangtahun RTM ke 63 dan selamat datang kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, YB Dato Sri Utama Dr, Rais Yatim.

Saturday, May 9, 2009

Sana-Sini Jalan-Jalan

mana -mana pegi pun makan...

YB Dato Sri Sulaiman Abd Rahman Taib, Timb Menteri Pelancongan

amboi cecelia..manjanya

apa kecoh2 ni..

siapa yg seksi tu

lelah selepas treasure hunt di Kg Budaya, Sarawak


morni posing maut..

Aduz.. release tension betul bila dapat jalan-jalan macam ni.. Lelah dan seronok menyertai treasure hunt kat Kampung Budaya Sarawak yang juga digelar 'Muzium Kehidupan' dan mempamerkan pelbagai kebudayaan yang terdapat di negeri Sarawak. Sambil2 tu dapatlah tengok replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak; rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah-tinggi Melanau dan banyak lagi. Keluasannya lebih kurang 17 ekar.
Penghargaan dan terimakasih kepada En Ahmad Johanif Mohd Ali dan team dari Kementerian Pelancongan Sarawak dan Kuala Lumpur yang telah menyediakan perkhidmatan dan layanan terbaik. Next year kalau organize jangan lupa pelawa lagi.. he..he..