Friday, December 9, 2011

Jemputan Kahwin

Bergambar bersama pengantin, sahabat2 Klasikfm dan Klfm

lama betul tak jumpa..zack misai,han solo abahir dan roskalas

sahabat klfm yang namanya dayang senandung

Bulan Disember biasanya memang banyak majlis kenduri kahwin. Saya seboleh-boleh akan cuba memenuhi setiap jemputan. Bukan apa untuk meraikan kawan-kawan dan menghormati jemputan. tetepi kalau berlaga tarikh kadang tu terlepas jugak. Apapun terima kasih kepada kengkawan yang telah melayang kad jemputan. Majlis yang sempat saya hadir ialah di Majlis perkahwinan anak kepada sahabat KLFM Abahir dan Roskalas di Sg Besi. Majlis berlangsung dalam suasana warna ungu dan meriah sekali. Sempat saya merasa acar buah dan agar-agar kering yang dibuat oleh Roskalas yang teramat sedap sekali. Tak sangka pandai memasak rupanya Roskalas ni. Saya dikhabarkan ramai sahabat2 Klfm yang datang tetapi sayang tak sempat jumpa semua sebab saya sampai agak lewat kerana menghadiri satu majlis yang lain.Sahabat-sahabat yang tinggal cuma mamarock, niqanja, ayu, anakkota,zack misai, ma manja, hansolo dan beberapa orang lagi. Seronok melihat keakrapan mereka yang bagaikan adik-beradik. Sebelum balik, sempat jugak mendengar lagu Bandar tasik Selatan yang dinyanyikan oleh mamarock...hebat...betul2 rock. Kepada abahir dan roskalas tahniah, selamat menerima menantu dan kepada pengantin baru semuga berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat.

Wednesday, December 7, 2011

Cuti Sekolah.....

Cuti sekolah bermula lagi. Ada jugak ibubapa yang suka kalau anak-anak bersekolah sebabnya tak payah hendak kelam-kabut menjaga mereka dirumah. Kalau disekolah semuanya terkawal. Kesian la pulak kat Cikgu. Pagi /petang ada aktiviti... tau-tau senja baru pulang ke rumah. Tu pun keletihan.Tapi dah cuti sekolah ni sepanjang hari anak-anak ada dirumah. Kalau ramai alahai tambah meriahlah rumah. Saya yang seorang ni pun tak tertahan. Macam-macam perangai yang dibuatnya. Mulalah radio yang tak ada frekuensi berkumandang. Ni muka baru lepas dengar radiolah ni.. Alalaaaaaaaa










Aikkk...boleh posing pulak. Budak tu budak jugak. Peduli apa dia kita marah ke tak ....apapun wak sabarrrrrrrrrrr.









Sikecil 'frust' kali ni...sebabnya saya tak dapat cuti.Almaklum...bulan ni banyak program.Jangan tidak mengecewakan, saya pun bawaklah sikecil ni ke Wet World Pedas, Rembau Negeri Sembilan. Tak kisahlah sekejap ke lama, jauh ke dekat yang penting ada kolam..budak-budak dengan air memang tu yang diidamkan.



Nak bagikan dia lagi gumbira, nah dibelikan baju mandi apalagi senyum meleret tak berkesudahan. Masa kecik ni bagilah peluang pakai. Wet World Pedas ni kira okey jugaklah . Bayaranpun tak mahal. Waktu saya pergi tak ramai pengunjung sebabnya bukan hujung minggu. Jadi taklah susah nak menjaganya.




Saya perhati dari jauh jer. Risau jugak bila banyak berita yang melaporkan ramai kanak-kanak yang mati lemas... baik di sungai, laut maupun kolam. Kalau musim banjir apatah lagi. Tak taulah salah siapa ??? Untuk menenangkan hati kita katalah " dah Qada dan Qadar."..






Tahun depan dah darjah 3. Harap-harap pelajarannya tak merosot seperti tahun 2011. Sikap malas , degil, tak dengar cakap dan suka bohong kena buang jauh-jauh..kalau tidak nanti, cuti kat Wet World Pedas, Rembau, Negeri Sembilan ajerlah ekau. hehehe.



When I was just a little girl
I asked my mother, what will I be
Will I be pretty, will I be rich
Here's what she said to me.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

When I was young, I fell in love
I asked my sweetheart what lies ahead
Will we have rainbows, day after day
Here's what my sweetheart said.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see

Que Sera, Sera
What will be, will be.

Now I have children of my own
They ask their mother, what will I be
Will I be handsome, will I be rich
I tell them tenderly.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.