Wednesday, December 29, 2010

Sampaikanlah Salam.....

Goodbye..
Berenang-berenang si ikan keli
Bila senang datanglah lagi.
Satu-satunya sahabat KLfm yang saya kenal dapat saya jumpa di Kuching, Sarawak. Pada kesempatan mereka bercuti ke sini baru-baru ini sempatlah kami berjumpa. Alahai seronoknya dapat jumpa. Walaupun kunjungan ni tidak lama tetapi cukup meninggalkan kesan. Abahir, Roskalas dan Ayu terima kasih daun keladi. Lain kali datanglah lagi.

Tuesday, November 23, 2010

Karnival Jalur Lebar 1 Malaysia

Ketua Menteri Sarawak turut membuat kunjungan
ke tapak karnival

Dayang Fariza dan Feruzillah antara dj Sarawakfm
yang bertugas pada hari tersebut
Dj Azrani (Redfm), Dj Faezah (Sarawakfm & Dj AJ (Sarawakfm)

Dj Redfm (Jeffrey Jack ) bersama tetamu

Amboi..Andy, Faezah, Arm dan Aj bergambar
bersama BB (ikon broadband)

Norreye sempat buat show. dibelakang Zulmirzawati (Sarawakfm)
dan Hazel Deyuys (Waifm)
Tahniah ! Kuching Sarawak telah dipilih sebagai lokasi pertama untuk Karnival Jalur Lebar 1 Malaysia 2010 dan telah diadakan di Padang merdeka pada 30hb dan 31hb Oktober 2010. Selepas Kuching , karnival akan bergerak ke Kota Kinabalu dan Kuala Terengganu pula. Tujuannya adalah untuk memberi informasi dan mempromosikan penggunaan Jalur Lebar dan dunia ICT kepada orang awam, khususnya masyarakat yang tinggal diluar bandar. Jadi banyaklah syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian. Cuma sayangnya pengunjung tidaklah seramai pengunjung konsert-konsert hiburan. Mungkin agaknya semua rumah sudah ada Jalur Lebar maka tidak perlu melanggan lagi..atau pendedahan tentang Jalur Lebar masih belum sampai ke tahap maksima.


Monday, October 11, 2010

Satu Hari DiHariraya

bestnya ada bodyguard. hehehe
bakal pemimpin hari esok

senyum jangan tak senyum. Fetty
dengan senyum bahagia pengantin.

Cikgu Razis

chewah.. Cikgu Razis dan rakan karib
Firdaus
Salam Aidilfitri buat semua. Raya tetap meriah dan bertambah seronok bila dapat berjumpa dengan kaum keluarga , jiran-jiran dan sahabat- handai yang telah lama tidak jumpa. Pada kesempatan cuti raya pada kali ini saya langsung tidak menyambutnya di Kuala Lumpur. Entahlah sejak berkelana jauh ni kampung halaman semakin dekat dihati. Apalagi habis je raya BMI terus ke tahap obesiti. Aduzz siksanya. Apapun saya tetap seronok dapat buat biskut sendiri dan memasak giler bagaikan chef. Cikgu Razis ni kali pertama datang ke kampung. Beliau pernah jadi Dj dekat Negerifm dan Selangorfm. Keramahannyalah yang membuatkan dia sampai untuk beraya . Tu yang posing-posing. "kak masukkan gambar dalam blog ye, nanti saya tengok" itulah katanya sebelum pulang. Terima kasih Razis dan Firdaus kerana sudi datang. Kepada Asu , Nani dan Fetty dan 'partner' masing2 walaupun kita ni dekat tetapi rasa macam jauh. Mudah2an dengan ziarah hariraya setahun sekali ni akan lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kesian Zana yang sibuk layan 'baby' baru. Nasiblah ada hero yang baju merah (Apai) yang jadi wakil. Tahun depan tak tahu lagi. Mudah2an dipanjang usia dan dapat berjumpa lagi. Selamat Hariraya dan Maaf Zahir Batin.

Thursday, September 2, 2010

Pantai Yang Damai

pemandangan yang cantik

sikecil ni paling seronok. asyik posing sana
posing sini
saat yang syahdu

suasana senja di Pantai Sematan

pagi di Pantai Sematan

matahari yg baru nak terbit.

Sebut saja laut, pantai, ombak pasti kita akan terbayangkan keindahan dan ketenangan. Kalau ada pula camar berterbangan lagi akan menambahkan kesyahduan pemandangan. Ini ialah salah sebuah pantai yang terdapat di Kuching. Kedudukannya kira2 120km dari Bandaraya Kuching yang mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan barulah kita sampai ke Sematan, sebuah pekan kecil di Kuching, Sarawak.. Ada macam-macam resort boleh dipilih untuk penginapan yang menyediakan bermacam-macam kemudahan. Suasananya yang kekampungan dipenuhi dengan pokok2 menghijau. Tempat ni sesuai sangat kalau nak kurangkan stress atau tekanan yang membelenggu fikiran. Paling menarik di sini dapat disaksikan pemandangan matahari terbit dan terbenam dengan warna yang mengasyikan. Nasiblah saya bukan penulis atau pujangga. Kalau tak dah banyak karya yang saya terbitkan.

Wednesday, August 25, 2010

Sikecil Ku Sayang


Kehadiran sikecil ini telah mewarnakan lagi
kehidupan saya sekeluarga. Mulutnya
yang macam burung murai memang menghiburkan. Sekarang sudah lima tahun dia bersama kami.







Kalau pasal melaram memang nombor satu.
Walaupun baru berumur 7 tahun tetapi buah butir percakapan dah macam orang tua. Biar betul ..




Ni baru lepas kena marah. Patutlah semacam je muka. Biasalah budak kadang -kadang suka bercakap bohong yang memang pantang besar saya. Tetapi dia sangat tau, mama marah sebab mama sayanggg.



Dah perempuan, perempuan jugak. Mekap pantang jumpa. Pandai saja dia menepekkan dekat muka. Haa.. siap bubuh /lukis tahi lalat dengan celak. Katanya nak tiru macam mama.



Gambar dibawah semasa berkunjung ke Kuching, Sarawak. Mula-mula nak naik perahu tambang tu punyalah takut. Siap nangis-nangis lagi. Bila dah turun ...fuh lega.

Selamat Pengantin Baru 2010

dj Mirza dan pasangan

dirumah Mirza-majlis akad nikah

eh sempat posing. berbaju melayu tu dj AJ, dj Yazid,
dj Nor Hidayah dan Dj AM


bersama keluarga Zila yang peramah dan dj AJ


Tahniah diucapkan kepada dj-dj Sarawakfm yang telah melangsungkan majlis perkahwinan sepanjang tahun 2010. Ada jugaklah kad undangan yang saya terima. Kepada dj Azaz dan Dj Surinam saya minta maaf kerana tidak dapat memenuhi undangan. Mungkin dah rezeki saya maka saya dapat hadir meraikan majlis Hasfazilawaty (dj Sibufm) dan pasangannya Ahmad Saddique. Begitu juga majlis dj Zulmirzawati dan pasangan yang berlangsung di Dewan Suarah, Kuching, Sarawak.. Dah nama pun pengantin, memang Zila dan Mirza nampak cantik berseri-seri. Saya memang suka dan seronok dapat hadir pada majlis macam ni. Nasi minyak dan menu lain memang menyelerakan. Yang paling penting dapat bertemu berkenalan mesra dengan masyarakat disini. Terima kasih Aj kerana menjadi pemandu pelancong sewaktu berkunjung ke majlis Zila dan terima kasih kepada Melati kerana menjadi jurutunjuk ke rumah Mirza. Semuga perkahwinan mereka akan kekal bahagia sepanjang hayat. Tak sabar nak tunggu kad jemputan Dj -dj Sarawakfm yang lain seperti Am, Aj, Yazid, Faezah, Corinna, Jumaatun, Dayang Fariza dan Muliamee. Jangan tunggu lama-lama...

Friday, July 30, 2010

Sarawakfm 88.9 mghz

Ustaz Jemizan daripada Takaful dan Dj Nor Hidayah Hj Bujang.

Dj Yus


Dj Rosli Hj Muta yang juga penyampai berita TV

Krew teknikal bersama Dj Corinna dari Sarawakfm dan Dj Farah dari Redfm

Dj Surinam (Sarawakfm) dan Dj Azraani (Redfm) bersama
krew teknikal
Bersalam dengan chic...biar betul
itulah Dj Am (Sarawakfm) dan Dj Marcella (Waifm)

meriahnya..posing sakan dia orang. Dj Yazid diapit oleh Dj Corinna
dan Dj Nor Hidayah. eh..Dj Farah pun ada..

apa yang seronok sangat tu.
Dj Faezah (Sarawakfm )dan Dj Sawai Maling (Waifm)

Kalau jalan-jalan ke Sarawak, singgahlah melawat ke RTM Kuching yang terletak di Jalan P.Ramlee, Kuching. Siaran Bahasa Melayu disini dikenali sebagai Sarawakfm dan boleh diikuti menerusi frekuensi 88.9 mhz. Selain siaran Bahasa Melayu terdapat juga siaran dalam Bahasa Iban, Kayan dan Bidayuh (Waifm), siaran Bahasa Ingeris dan Mandarin (Redfm). Biasalah RTM Kuching juga sering mendekati pendengar dengan siaran Radio di lokasi. Aktiviti diatas adalah semasa Minggu Saham Amanah Malaysia yang berlangsung di Wisma Bapak, Kuching, Sarawak.
Dj-dj dari semua unit terlibat dalam memeriahkan suasana dekat sana. Gempak jugaklah pengunjung dapat bertemu dengan dj-dj kesayangan mereka selain daripada dapat membawa hadiah-hadiah menarik pulang kerumah masing-masing.

Tuesday, July 13, 2010

Salam Dari Kuching


Lama sangat tak aktif dalam blog ni. Diam tak diam sekarang saya dah hampir dua tahun di Bumi Kenyalang. Saat saya menulis (14.07/2010) saya telah 3 bulan bertugas di RTM Kuching. Begitulah cepatnya masa berlalu.. Rindu pada semua yang ditinggalkan tersemat di sanubari.
Beruntungnya saya disini ialah penerimaan semua kawan-kawan dan masyarakat yang membuatkan saya tidak merasa terpinggir. Itulah juga yang membuatkan saya mampu bertahan hingga ke saat ini. . Yang sudi menjalin persahabatan, marilah sama-sama kita sulam dengan keiklasan, kejujuran dan hormat menghormati satu sama lain. Mudah-mudahan kita boleh menjadi kawan yang akrab yang boleh berkongsi waktu susah dan waktu senang bersama. Pada kesempatan ini saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang telah menghantar ucapan harilahir untuk saya. samada menerusi kad, sms, email , fb dan telefon. Sangat saya terharu kerana walaupun jauh rupanya saya masih lagi dihati. Alhamdulillah.. syukur kepadamu Tuhan.

Sunday, March 14, 2010

Mirifm, Miri & Kenangan

terima kasih Mirifm

nampak aje kecik ni, tapi pandai buat kek lapis. sempat
gak saya belajar, terima kasih Norhaya

manis-manis sokmo

teratai putih

hehhe gelek sikit..sewaktu nyanyi
lagu "cukup sampai disini"oleh Malek Ridzuan

poco-poco yang meriah.

Tuan rumah yang baik budi


Dj Rosland sebagai juruacara turut menyanyi bersama
pelatih-pelatih dari ILP

syahdu pemandangan matahari terbenam
di Tanjung Lubang

seronok tengok persembahan petugas-petugas
Mirifm

putih lambang perpisahan

anak didik - dj-dj Bintulufm

Dj Andy dari Klfm pada saat-saat terakhir sempat
sampai ke Jabatan Penyiaran Miri sebelum saya
terbang ke Kuching

pantai yang mendamaikan

mendendangkan lagu "rinduku tiada yang tahu"
oleh Endang S Taurina. Cecilia, Mary Bajang
dan Kak Mai sporting naik kepentas untuk bagi sokongan

Taman Awam Miri, salah sebuah Taman Riadah
yang terbesar di Miri

DiAuditorium Miri Sempena Sambutan
Tahun Baru Cina 2010

mercu tanda Miri- Kuda Laut

Hanya lebih kurang setahun lebih saya sempat bertugas di Miri.,sebuah bandaraya yang cantik dikelilingi oleh laut. Biasalah bila pindah-pindah ni perasaan, emosi dan minda terganggu sedikit. Almaklum untuk berpisah dengan orang yang telah kita kenal hati dan budi tu sedihlah jugak.
Petugas2 Mirifm telah mengadakan satu majlis yang cukup bermakna di Hotel Mega, Miri. Jadi secara tidak langsungnya saya pun kenalah naik ke pentas lagi. Majlis yang telah diatur dengan begitu kreatif dan meriah itu membuatkan saya cukup terharu sehingga saya terlupa bahawa saya diraikan untuk satu perpisahan..Pada kesempatan ini saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua petugas-petugas Mirifm atas segala sokongan, bantuan dan baik budi selama ini yang mana telah membuatkan saya selesa, senang hati dan merasakan seperti berada ditempat sendiri. Mudah2mudahan silatulrahim ini akan terus terjalin dan berpanjangan.


Pisang emas di bawa belayar,
masak sebiji diatas peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati.