Tuesday, March 10, 2009

Lawatan Media ke Kuching Sarawak - Borneo Highland Resort

thanks Juan Mangering for sharing with me the pic

Ini ialah sebahagian daripada kawan-kawan semasa mengikuti lawatan media ke Kuching, Sarawak. Semuanya mesra-mesra walaupun baru kenal...Gambar diambil diatas bukit Borneo Highland Resort yang bersempadan dengan Kalimantan. Punyalah dekat, kalau kita jatuh aje di bawah bukit tu, maknanya dah sampai ke Indonesia dengan tambang pergi percuma dan tak balik-balik lagi.
Balik dari Rumah Panjang 'Anah Rais' kami dibawa pergi ke Borneo Highland Resort yang bukan sahaja lokasi sesuai untuk menganjurkan aktiviti sukan lasak dan cabaran alam semula jadi tetapi sangat berpotensi menjadi salah satu destinasi pelancongan terkemuka di rantau ini. Ia terletak diatas bukit dan sepanjang perjalanan yang kelihatan hanyalah batu-batu dan kehijauan. memang seronok dan menakjubkan.





Daki-daki punya daki rupa-rupanya dah sampai ke puncak bukit. Rasa macam burung...teruja dan bebas.
Cuacanya sejuk macam kat Genting. Bunga orkid hutan memang banyak. tapi sayang tak dapat nak ambil gambar. Begitu juga dengan pokok pakis gergasi, memang banyak kat sini.
geram tengok bunga ni. walau hanya bunga senduduk. cantik dan subur.




relaks sekejab dekat dengan air terjun tu. Huh..memang tempat ini tenang dan nyaman.
Apa lagi tunggu. dengan budget yang murah jom kita ZOOM MALAYSIA.

8 comments:

YaTiE said...

Wah wah wah.. seronok nampak nyer tour satu SARAWAK.. eeeccewahhh ... akak x gi gunung santubong lagi ker..? cultural village dah terjah ker..?

Neway... u look happy... i hope u enjoy ur self over there...

Pasne turn yatie laa pulak tour satu China :D

fz said...

apa orang kata. Life must go on. tak happy pun kena le happy. you know what. of all the person i met in Kuching..guest whom ?? Jumpa Pak Lah..dia ada nak bagi talk kat Uitm Kuching.sempatlah sembang jab... kak pegi kaki g.santubong jer. Kat cultural vllage tak sempat brgambar..sbuk ngan aktviti treasure hunt. wa..dah tau la u nak bertapa kat mane.ha..kena bukaklah buku mandarin or consult cikgu shuk..Lepas ni boleh lah kak arrange trip ke tembok besar...

YaTiE said...

Akak... tu pasal.. sekrang nie yg dok mengumpul balik sumer note note mandarin, buku2 mandarin 1,2,3.. cuma yg x jumpa kamus mandarin jer.. akak pasnie abis ler berabuk mandarin yatie.. cheeeyyy...

Neway.. datang tau akak jangan x datang melawat yt nun jauh di sana k.. mmmuaahh!!

Anonymous said...

aduh...
bestnya!!!

fz said...

yesz..shi`a. gaitian wo lian luo ni.Zhongguo mei yuelaiyue buguo yuan... wo hui dujia zhongguo he beijing.huilai keyi jinianpin mai haa. nasib le faham ke tidak. bukak buku..bukak....heh..heh..

fz said...

IdzaRis79,iyalah lawat dalam Malaysia jer. nak pergi jauh tak ada budget...heh..heh.. memang best. banyak lagi sebenarnya tempat dlm negara yg belum kita pergi.jgn lupa zoom malaysia...terima kasih singgah kat sini..semuga kebahagiaan u akan berkekalan..sempat kak jengah kat blog u.

black_canary said...

hai..akak punya dah boleh komen...lama tak jumpa akak...

fz said...

hi blackcanary...lamanya tak jumpa u. tambah hensemlah kot...sajalah 'komen' tu layan permintaan kawan2 belajar. sesat pulak u kat sini. tak pelah...you`re welcome..