Monday, July 20, 2009

Antara musim bunga dan musim buah

Baru-baru ni sempat balik kampung. Walaupun sekejap cukup untuk lepas rindu pada emak dan kampung halaman . Sekarang ni musim panas, musim bunga dan musim buah cukup untuk menggambarkan keseronokan
"balik kampung". Alhamdulillah emak sihat walaupun ada sakit "orang tua" lah katakan. Mak ni walaupun dah berusia 73 tahun, tetapi tak reti duduk diam. Tengoklah gambar bunga-bunga ni, semuanya hasil titik peluh dia. Sikecik nilah yang jadi teman dikala sunyi.


Pokok rambutan yng rendang ni pun tak ketinggalan berbuah dengan lebatnya. Tak payah guna galah pun boleh capai dan makan.. pokok ini adalah hasil tanaman yang ditinggalkan oleh aruah abah yang masih dapat di nikmati sampai sekarang. terima kasih abah...20 thun telah berlalu, namun rindu padamu tidak pernah padam.


Hitam-hitam sitampok manggis, walaupun hitam ku pandang manis. ..Pokoknya kat belakang rumah, rendang dan buahnya boleh dicapai jer. pokok ni pun hasil tanaman aruah abah.



bunga-bunga yang cantik berkembang ni buat saya geram .berwarna warni sana-sini. cuba tengok celah-celah bunga butang tu.. ada cili padi lagi...
cukuplah untuk buat sambal belacan.....



Ni bunga kertas atau nama saintifiknya bourgenvilla. Kumpulan Spring pun ada nyanyi tajuk lagu
"bourgenvilla' dan berbunga sepanjang masa. apalagi kalau musim panas, memang menjadi. Nak jaga pun tak susah. Mak kata 'bunga ni tak banyak ragam, seminggu sekali siram pun okey". Kalau di Jepun boleh bangga dengan bunga sakura, rasanya kitapun boleh bangga juga dengan bunga kertas yang ada bermacam warna..

Pada musim panas bunga ros ni pun galak berbunga. Kelopaknya yang berlapis-lapis dengan warna merah menyala cukup menyegarkan. walaupun hanya sepasu sahaja tapi cukup untuk menceriakan halaman. bunga ni cantik tetapi sayang tak lama mekarnya. Bunga ni ' febret' mak dan bunga-bunga ni jugaklah yang menjadi pengubat sepi dan mengisi waktu senggang yang panjang.

9 comments:

HaNiM JeFF said...

best & cantik nyer kg kak g!!teringin nk pegi...hanim tak dok kampung..uwaaaaaaaaa

fz said...

hi Hanim cayaangg, rindu ngan ala-ala manja u. kecian..now u know why yr fren always want to balik kg. nanti carilah bakal 'hubby' orang yg ada kg. nak datang kg akak, jommmmmmmmm

IXORAROXI said...

uishhhhhhhhh lawonya..bestnya

azieazah said...

Salam Kak POSH...
Wahhhh seronok ek... mesti ler balik kampung acara percutian paling best di dunia..

lawo ek bunga, yang menanam lagi ler lawo kan? :D

fz said...

ix, mana boleh lawan bungalow orang.....hehehe

ya betul aa, salam bunga purple tu untuk u. balik kg memang saat yg sentiasa dinanti.nasib baik yang tanam bunga tu bukan i. bila nk datang miri ??

grow2g3th3r said...

kak posh.. kenapa tak ajak dla ikut balik kampung sekali?? Sedapnyer buah2an itu... teringin sangat rasanya... hehehhe...

wah si'kecil' tu dah besar erk... dah boleh tolong wan....

fz said...

no problem dhilla..tamatkan sumer assignment dulu, baru hepi & lega jalan-jalan cari makan..kat kg
buah2an org jeling jer..tak termakan.

Cetusan said...

jeling2jer.???

fz said...

zeq zeq jom nyanyi lagu menjeling, menjeling kau menjeling, mata kita sama memandang, bercakap dan berguruu.... nyanyian Dato Siti & Tan Sri Dato S.M Salim..aduz klasik nya.