Tuesday, July 13, 2010

Salam Dari Kuching


Lama sangat tak aktif dalam blog ni. Diam tak diam sekarang saya dah hampir dua tahun di Bumi Kenyalang. Saat saya menulis (14.07/2010) saya telah 3 bulan bertugas di RTM Kuching. Begitulah cepatnya masa berlalu.. Rindu pada semua yang ditinggalkan tersemat di sanubari.
Beruntungnya saya disini ialah penerimaan semua kawan-kawan dan masyarakat yang membuatkan saya tidak merasa terpinggir. Itulah juga yang membuatkan saya mampu bertahan hingga ke saat ini. . Yang sudi menjalin persahabatan, marilah sama-sama kita sulam dengan keiklasan, kejujuran dan hormat menghormati satu sama lain. Mudah-mudahan kita boleh menjadi kawan yang akrab yang boleh berkongsi waktu susah dan waktu senang bersama. Pada kesempatan ini saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang telah menghantar ucapan harilahir untuk saya. samada menerusi kad, sms, email , fb dan telefon. Sangat saya terharu kerana walaupun jauh rupanya saya masih lagi dihati. Alhamdulillah.. syukur kepadamu Tuhan.

8 comments:

izani said...

akak muncul semula... mmg ditnggu2. wah template baru yg lebih menarik. lmbt skit ucap slmt hari lahir. sibuk assgmnt

fz said...

izaniiiiii manyak rindu sama u. thank u kerna sudi nak ninjau-ninjau kat sini.. memang lama tak update. insyaallah kalau ada free nanti kita tambah2 lagi. hehehe. btw tahniah kpd u yg sangat aktif walaupun sibuk. hehehe

Izani said...

saya sntiasa tggu berita akak di blog. lgi pun blog akan memang saya link ke blog saya. senang tgok klau akak ada posting baru

Cetusan said...

terima kasih sudi sudi..
emmm dah 2 tahun kerr..

agak2nya saya ni 'hormat menghormati' tak..

soalan lazer..
macam pelarian satu escapzm nun jauh jerr..satu kepuasan atau pengorbanan?
selamat bertugas..

fz said...

tq izani. kadang2 nak update ni tengok "angin" gak.

zeqzeq, klau tidak kerana ditukar saya entah tak sampai ke Sarawak ni. Pasal pelarian tu almaklum 34 stesen wujud. Dah buah dadu jatuh kat saya, terima jer. kiranya berkorban lah tu. jauh disudut hati memang nak balik..hehehe

atuk santai ( AMIN) said...

amin bin khalif

salam wahai bosss akakkk posss.

saya amat takut dengan bosss akakkk posss maklum lah , pangkat akakkk poshhh semakin naik.


< salam daripada saya ehsan yang kerdil<

IXORAROXI said...

rindu mu rindu ku jua :D

fz said...

alamak ix, teringat lagu Broery yang syahdu tu..Rindumu Rinduku.

Hi atukehem, selamat menjalani ibadat puasa.