Bintulu kalau perjalanan ikut darat mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Bandaraya Miri tetapi hanya setengah jam kalau melalui udara. Kesempatan ada tugas di Bintulufm saya pun sempatlah ronda-ronda dan mengabadi kenangan. Di pasar tamu semua sayur-sayur yang dijual segar belaka. Ikan-ikan pun masih baru. Begitu juga dengan udang, baru ditangkap dan masih hidup dijual disini.
Saturday, January 30, 2010
Satu Hari di Bintulu
Tuesday, January 26, 2010
Tunjuk Bakat

ada yg bagi bunga , kira 'BEST'lah tu
Rupa-rupanya bukan senang jadi penyanyi ni. Mengutuk orang menyanyi jer yang senang. Pada satu majlis yang dianjurkan, saya telah dipanggil naik ke pentas untuk menyanyi.. tak pernah dibuat sebelum ini. Konon nak tunjuk sporting, maka 'menyumbangkan ' lagulah saya kat pentas tu. aduhai malunya... tp selesai gaklah satu lagu. lagu apa tu?? kwang..kwang.. kwang..
Monday, January 4, 2010
Indah dimata melekat dihati
Jom jalan-jalan ke Taman Tasik Perdana. Boleh jogging, boleh tengok kehijauan yang menyejukan dan boleh layan angan-angan. Biasalah bila kita berada di satu tempat tu, kita tak hairan pun dengan apa yang berharga ada disitu, tetapi orang luar yang lebih berminat dan lebih nak tahu. Macam saya, bila di KL dulu tak pergi pun saya ke Taman Bunga Raya ni. Tetapi bila dah jauh ditempat orang baru terasa ingin nak berkunjung ke sini dan rasa seronok tu lebih dari pelancong asing .
Kawasan ni cukup luas. Berpeluh jugaklah berjalan tetapi seronok. Bunga raya semua rakyat Malaysia tahu, antara 7 jenis bunga yang dicadangkan Bunga Raya telah terpilih dan dinobatkan sebagai Bunga Kebangsaan dan kebanggaan kita.
Bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga ini memberi maksud lima prinsip Rukun Negara iaitu :
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Kedaulatan Undang-Undang
Keluhuran Perlembagaan
Kesopanan Dan Kesusilaan
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Kedaulatan Undang-Undang
Keluhuran Perlembagaan
Kesopanan Dan Kesusilaan
Tetapi sekarang bunga raya dah mengalami proses 'kawin campur.' Dekat sini macam-macam warna dan bentuk boleh jumpa. Namun yang merah menyala tu tetap unggul. Jangan tak tahu warna Merah bermaksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran
Yang menghairankan bentuk daunnya tetap sama.
Oh rupanya kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran ini menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup dengan harmoni dalam satu Negara Malaysia tercinta ini.
Oh rupanya kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran ini menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup dengan harmoni dalam satu Negara Malaysia tercinta ini.
Antara kegunaan Bunga Raya:-
Makanan : Hibiscus sabdariffa (Roselle) boleh dijadikan sirap, jem, halwa dan lain-lain.
Hiasan Landskap : Pokok renek Bunga Raya memang terkenal sebagai tanaman hiasan di dalam landskap sejak dulu hingga kini.
Perubatan : Beberapa spesis Bunga Raya boleh digunakan sebagai penawar racun, melegakan sakit kepala dan demam.
Gubahan : Bunga Raya juga sering digunakansebagai gubahan dalam rumah ataupun hiasan kostum.
Kosmetik : Beberapa spesis Bunga Raya juga mampu melembabkan kulit dan menyuburkan rambut
Bunga yang terjuntai ni pun species bunga raya. Kelopaknya berpecah-pecah. Tak taulah pulak di India mereka menggunakan Bunga Raya sebagai pengilat kasut.
Bunga Raya atau nama saintifiknya Hibiscus ros-sinensis telah dinobatkan sebagai Bunga Kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh YTM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Bunga raya spesies 'timeless' ni tengah hangat
berbunga menyambut kedatangan pengunjung. Memang mata akan terpukau dengan kembangnya yang bagaikan suci dalam debu . Cantik sangat-sangat dan tidak tercemar dengan serangan serangga perosak. Agak-agaknya kalau diintai waktu tengah malam ada tak puteri bunian yang turun bersandiwara disini ??
Wow kita pun terasa ceria bila berada disini. Kembang-kembang bunga raya ni dengan warna-warnanya yang hidup sungguh mengasyikan..
Moralnya hargailah dan peliharalah segala khazanah yang kita ada. Sebab bila dah tak ada nanti kenangan pun tak mampu untuk mengembalikannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)