Monday, January 4, 2010

Indah dimata melekat dihati


Jom jalan-jalan ke Taman Tasik Perdana. Boleh jogging, boleh tengok kehijauan yang menyejukan dan boleh layan angan-angan. Biasalah bila kita berada di satu tempat tu, kita tak hairan pun dengan apa yang berharga ada disitu, tetapi orang luar yang lebih berminat dan lebih nak tahu. Macam saya, bila di KL dulu tak pergi pun saya ke Taman Bunga Raya ni. Tetapi bila dah jauh ditempat orang baru terasa ingin nak berkunjung ke sini dan rasa seronok tu lebih dari pelancong asing .


Kawasan ni cukup luas. Berpeluh jugaklah berjalan tetapi seronok. Bunga raya semua rakyat Malaysia tahu, antara 7 jenis bunga yang dicadangkan Bunga Raya telah terpilih dan dinobatkan sebagai Bunga Kebangsaan dan kebanggaan kita.


Bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga ini memberi maksud lima prinsip Rukun Negara iaitu :
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Kedaulatan Undang-Undang
Keluhuran Perlembagaan
Kesopanan Dan Kesusilaan


Dulu semasa kecik-kecik saya cuma kenal dua tiga jenis bunga raya sahaja. Itu pun yang warna merah menyala.
Tetapi sekarang bunga raya dah mengalami proses 'kawin campur.' Dekat sini macam-macam warna dan bentuk boleh jumpa. Namun yang merah menyala tu tetap unggul. Jangan tak tahu warna Merah bermaksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran


Ha ..bentuk ni memang dah lain sangat dari yang asal.
Yang menghairankan bentuk daunnya tetap sama.
Oh rupanya kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran ini menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup dengan harmoni dalam satu Negara Malaysia tercinta ini.

Bunga Raya dari species berganda pun ada. Dulu-dulu orang gunakan daun bunga raya untuk menyuburkan rambut, bunganya pula untuk mandi bunga. Konon-konon nak naik seri wajah..tak tau lah berkesan ke tidak.




Antara kegunaan Bunga Raya:-
Makanan : Hibiscus sabdariffa (Roselle) boleh dijadikan sirap, jem, halwa dan lain-lain.
Hiasan Landskap : Pokok renek Bunga Raya memang terkenal sebagai tanaman hiasan di dalam landskap sejak dulu hingga kini.
Perubatan : Beberapa spesis Bunga Raya boleh digunakan sebagai penawar racun, melegakan sakit kepala dan demam.
Gubahan : Bunga Raya juga sering digunakansebagai gubahan dalam rumah ataupun hiasan kostum.
Kosmetik : Beberapa spesis Bunga Raya juga mampu melembabkan kulit dan menyuburkan rambut

Bunga yang terjuntai ni pun species bunga raya. Kelopaknya berpecah-pecah. Tak taulah pulak di India mereka menggunakan Bunga Raya sebagai pengilat kasut.






Bunga Raya atau nama saintifiknya Hibiscus ros-sinensis telah dinobatkan sebagai Bunga Kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh YTM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Bunga raya spesies 'timeless' ni tengah hangat
berbunga menyambut kedatangan pengunjung. Memang mata akan terpukau dengan kembangnya yang bagaikan suci dalam debu . Cantik sangat-sangat dan tidak tercemar dengan serangan serangga perosak. Agak-agaknya kalau diintai waktu tengah malam ada tak puteri bunian yang turun bersandiwara disini ??





Sungguh cantik memang cantik Tapi sayang harum tiada...




Wow kita pun terasa ceria bila berada disini. Kembang-kembang bunga raya ni dengan warna-warnanya yang hidup sungguh mengasyikan..



Moralnya hargailah dan peliharalah segala khazanah yang kita ada. Sebab bila dah tak ada nanti kenangan pun tak mampu untuk mengembalikannya.

13 comments:

Cetusan said...

sejuk mata sejuk hati,


ehem dalam banyak2 gambar mana boleh tiada kumbang n semut yang menghisap MADU??semut nakal.

bila dh hilang nyesal tiada guna..oleh itu rembatla jika ada di depan mata..

mahal depan mata orang dalam, tak nampak orang luar yang nampak keanggunannya..

izani said...

canti2 bunga raya tu...

IXORAROXI said...

uihhhh memang lawo lerr...nak pi gaklerr..jom picnic :D

Cetusan said...

warna merah sinonim dgn wanita dan gadis heee..

PINK??eheemm...

yer tak yer pelek juga warna bunga berubah bila dikacuk, dedaun masih hijau heee..

jangan berubah HATI dah laaa kan..bila jumpa warna PINk dulu merah..

fz said...

Izani, klau kat kg dah tak layan bunga ni, tp bila dah dlm gambar terserlah keayuannya. hehehe

Ix, tulah u asyik nak gi luar negeri jer, yg dekat kat mata dah tak nampak.wakaka. Jom bawak nasi lemak, meehun kita lepak-lepak manje kat sana.

Zeqzeq, PINK tu warna pebret simanja. klau org lelaki suka warna PINK lain plak rupor nyer.
Ada kawan kata, klau nak pilih warna untuk baju, pilihlah warna-warna bunga. tak penah praktikkan, maybe 'berkesan'.

Cetusan said...

oh bertuahnya si Manja itu..

Anonymous said...

atukhil

salam hai > wah manyak bunga-bunga n dilumah saya manyak bunga jugak (lalam kebun) n tetapi bonda nek saya yang suka berkebun inih <

fz said...

atukhil sajalah nak cuci-cuci mata.
wa punya kg pun manyak munga , manyak untung sumer tumbuh sendili.. hehehehe

Cetusan said...

ehemm Paparazi mana nih...Atukhil??

fz said...

hish..hish zeqzeq ni...

atuk santai ( AMIN) said...

atukh >>> zeq zeq Paparazi ?

akak Fz > berdiri aku di sini <
ada maksud tersirat ka ?

Cetusan said...

indah melekat di hati??
adakala dan tetapi..

indah di mata??dibawa angin lalu..belum sempat melekat di hati..huhuu..

fz said...

atukhil takde maknanyer. cuma curi lirik lagi Ibnor Rizal Berdiri seorang Perindu (gitu lebihkurang tajuk nya.)

zeqzeq, puitis sgtlah bahasa, macam-macam boleh ditafsir. atukhil ni barulah ada yang tersirat.

both of u bila nk dtg cuti2 malaysia kat Miri. Tak lama lg Miri akan jdi kenangan. huhuhu