Friday, December 9, 2011

Jemputan Kahwin

Bergambar bersama pengantin, sahabat2 Klasikfm dan Klfm

lama betul tak jumpa..zack misai,han solo abahir dan roskalas

sahabat klfm yang namanya dayang senandung

Bulan Disember biasanya memang banyak majlis kenduri kahwin. Saya seboleh-boleh akan cuba memenuhi setiap jemputan. Bukan apa untuk meraikan kawan-kawan dan menghormati jemputan. tetepi kalau berlaga tarikh kadang tu terlepas jugak. Apapun terima kasih kepada kengkawan yang telah melayang kad jemputan. Majlis yang sempat saya hadir ialah di Majlis perkahwinan anak kepada sahabat KLFM Abahir dan Roskalas di Sg Besi. Majlis berlangsung dalam suasana warna ungu dan meriah sekali. Sempat saya merasa acar buah dan agar-agar kering yang dibuat oleh Roskalas yang teramat sedap sekali. Tak sangka pandai memasak rupanya Roskalas ni. Saya dikhabarkan ramai sahabat2 Klfm yang datang tetapi sayang tak sempat jumpa semua sebab saya sampai agak lewat kerana menghadiri satu majlis yang lain.Sahabat-sahabat yang tinggal cuma mamarock, niqanja, ayu, anakkota,zack misai, ma manja, hansolo dan beberapa orang lagi. Seronok melihat keakrapan mereka yang bagaikan adik-beradik. Sebelum balik, sempat jugak mendengar lagu Bandar tasik Selatan yang dinyanyikan oleh mamarock...hebat...betul2 rock. Kepada abahir dan roskalas tahniah, selamat menerima menantu dan kepada pengantin baru semuga berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat.

2 comments:

Cetusan said...

He selama t berdiri..kan?

fz said...

Hi zeqzeq, bila had tak mampu berdiri kita bersila pulak. hehehe