makcik ni dah umur 70 tahun. semasa umur 5 hari dia dah pakai tembaganih..beratt..
yang ni berbangsa Kenyah. Umur dia sekarang dah 65th
ni masyarakat Penan. Dia orang popular membuat sagu. Sempat jugak sayamengikis sagu. tu. Payah rupanya.
ni masyarakat Iban. proses beras dengan cara tradisi mengisar dan menumbuk.
masyarakat Kenyah popular dengan memasak nasidalam daun.. Sedap nasi tu. lembut dan wangi. Kira macam ketupatlah.
alat-alat memasak tradisi masyarakat Kenyah.

Sempena dengan Baram Regatta Antarabangsa ni ramai kaum etnik yang turun. dapatlah saya berjumpa dengan etnik Iban, Kayan Kenyah, Penan, Visayah, Saban , Melanau dan banyak lagi. Susah hendak membezakan etnik ni. Kecuali apabila mereka bertutur dan melihat dari gaya pakaian. Kebanyakan mereka beragama Kristian. Dikhabarkan kalau yang berbangsa Iban lagi banyak tatoo dibadan, kira lagi 'UP' dia orang. Begitu juga yang telinga panjang ni. Mereka biasanya dari kaum Murut dan Kayan. Lagi panjang telinga tu, kira lagi 'lawa' lah. .yang disangkut kat telinga tu diperbuat darpada tembaga. Sempat saya memegangnya. Berattt. rasa macam nak pegang telinga tu..tapi tak berani pulak...geli. heh..heh. Mereka dah pasang sejak dari umur 5 hari. Dapat bayangkan tak ?? tetapi anak-anak muda sekarang dah tak praktikkan sangat. ada... cuma dah kurang.. mereka pun dah mengikuti arus pemodenan.
4 comments:
yang bbju putih tu bkn kenyah lh..tu saban..pe ar..
better u make ur correction...
tq for yr comments. not very sure. tapi saya sendiri bertanya kepada dia orang dan rasa masakan nasi tradisional dalam daun..lembut dan nyaman. Mereka sendiri yg cakap fr Kenyah.
saban la tu..nenek sy yg pendek 2..
Post a Comment