Tuesday, August 19, 2008

Baram Regatta Antarabangsa 2008-Perjalanan Ke Marudi

Azizul dan Salwa antara artis yg mengadakan show. Syokk dapat
jumpa dia orang yg sporting. Seorang lagi tu pegawai keewangan Mirifm,
En.Mahli Junit yg peramah.

sempat posing sebelum naik bot

Bersama krew dari RTM Kuching nak balik ke Miri
nasib baik tak mabukkk
Sungai Baram yang kami lalui. Khabarnya ada buaya dalam ni ,

Negeri Sarawak memang terdapat banyak sungai yang merupakan sebagai perhubungan dari satu destinasi ke satu destinasi. Perjalanan ke Marudi dari Miri memakan masa 3 jam dengan menaiki bot dan hanya 15 minit sahaja kalau terbang menggunakan Maswing. Satu pengalaman baru bagi saya. Di Marudi inilah berlangsungnya Baram Regatta Antarabangsa 2008 iaitu acara tahunan yang diadakan dua thun sekali. Kami berkampung hampir seminggu kat sini. Macam-macam aktiviti berlangsung selain ada Dj corner Mirifm. Ada pertandingan Datun Julud iaitu tarian panjang oleh masyarakat Orang Ulu, Pertandingan bot laju, Mencari Baram Idol dan banyak lagi yang berkaitan dengan air. Saya macam biasalah bertugas jugak lah sebagai Emcee. Salwa Abd Rahman , Azizul Khamis dan Nai (Dinamik) menjadi commentator. Tetamu VIP antaranya, Ketua Menteri Sarawak, Tuan Yang Terutama Dato Patinggi Salehudin dan ramai lagi. Acara berlangsung dengan meriahnya dalam cuaca yang agak panas. Syoknya kerana saya dapat mendekati masyarakat etnik disini dan mengenali budaya mereka..

No comments: