Tuesday, March 3, 2009

Lawatan Media ke Kuching, Sarawak- Rumah Panjang 'Anah Rais'

Ini sebahagian daripada penghuni di rumah panjang 'Anah Rais.' Dia orang nilah yang menyambut kedatangan rombongan media. Boleh tahan cantik-cantik orangnya. Nak bercakap dengan golongan yang muda-muda ni tak ada hal..sebab mereka boleh berbahasa Inggeris dan Melayu. Cuma dengan golongan tua saja susah sikit nak komunikasi. Adakalanya saya bercakap macam itik dengan ayam. Mereka memang suka sangat bila ada orang yang datang melawat ke rumah panjang ini. . semuanya murah dengan senyuman. Jambatan ini digunakan oleh penduduk dan banyak lagi rumah dekat belakang tu. Di Rumah panjang Anah Rais ni ada lebih kurang 150 buah rumah dengan penghuni lebih kurang 350-400 orang. Hidup mereka memang aman. Pelancong luar negeri suka datang ke sini untuk merasai cara hidup yang berlainan. Kehidupan disini masih lagi kekal dengan nilai-nilai tradisional. Mereka masih lagi memburu, bertani, memancing dan membuat barang kraf dan manik. Jangan tak tahu disini pun ada disediakan 'homestay'. tetapi tidak lah banyak. ASTRO pun dah sampai kat sini.

Kalau saja-saja nak ke rumah panjang tanpa ada yang bawak susah juga. Dari zaman sekolah rendah lagi saya dah tahu mengenai rumah panjang tetapi baru hari ini 27.02.2009 boleh sampai. Rumah Panjang yang kami dibawa melawat dinamakan 'Anah Rais ' yang penghuninya terdiri daripada etnik Bidayuh. Dari Kuching ke Anah Rais mengambil masa 45 minit. Rumah panjang ini merupakan yang tertua kira-kira dah lebih 200 tahun. Kalau nak ke sini jangan lah pakai kasut tumit tinggi. Dah tentu tak boleh jalan. Jom tengok apa ada kat rumah panjang ini. Gambar sebelah ini menunjukkan bagaimana mereka menggelek tebu secara tradisional untuk mengeluarkan airnya. Saya cuba juga. Huhh berat jugak pengelek ni.nya. Apapun air tebunya memang manis dan segar.
Menjadi kebiasaan di Rumah Panjang mereka menyambut ketibaan tetamu dengan memberi minuman(tuak). Walaupun kita tak minum tetapi adalah cara untuk menolaknya. Biasaanya tetamu yang datang akan disambut dengan adat tradisi iaitu bunyi-bunyian dan persembahan tarian. Rumah panjang ni luas rupanya. Berpeluh-peluh jugak kami berjalan. Kebanyakan rumah disini masih mengekalkan keasliannya. Banyak deretan rumah dan didepannya terhampar tikar Sarawak yang digunakan untuk duduk-duduk dan menjemur padi. Tapi di Semenanjung kita beli untuk diletak diruang tamu atau dapur. Apapun itu terpulang kepada empunya diri asalkan suka.


Teruja juga dapat melihat sendiri lada hitam yang baru dipetik. Hijau warnanya. Pokok lada yang dapat dilihat ditanam dilereng-lereng bukit adalah jenis memanjat. Ni lada-lada yang baru dijemur. Untuk membezakan samaada lada hitam/putih ini baru . cuba letak ditapak tangan . lada yang baru rasa berisi manakala yang lama tu ringan dan kosong . Oh...gitu ke ? baru saya tahu...... Saya pun beli jugaklah . Nak rasa lada hitam/putih yang 'fresh' lah katakan. Bila ada pelancong datang makcik ni akan jual gelang yang dibuat daripada rotan. Cantik dan murah harga. Bolehlah beli cenderahati untuk anak-anak dan kawan-kawan.

11 comments:

grow2g3th3r said...

kak g... nak gelang...!

fz said...

dhilla...u betul-betul kotakan janjilah. the very good girl. gelang tu tak sesuai untuk org macam u. Later i beli yang lagi murah yerk...heh..heh..

HaNiM JeFF said...

wah!!dah mcm baca buku sosiology lak..haha..
gler detail :-p

fz said...

anim..u tau letih mak buat homework tuh..kan apa, nak sokong zoo malaysia..jom i offer to be yr tourist guide,, jom jalan-jalan ke Bumi kenyalang..

YaTiE said...

Haa.. cam ne ler baguih akak.. bukak comment senang nak tinggal jejak.. huhuhuhu

YaTiE said...

Akak.. Yt akan ber'angkat' in June (specific date x tau lagi) and gi MITI bulan 4 nie...

fz said...

Iyalah ikut ragam u lah tuh. Alah yt...sedihnya. tapi tempat masih 'rahsia' lagi ker. syyyyyyyy
tak bagi tau dhilla punya. mesti tengah bz preparation yerk.

YaTiE said...

Akak.. aper nyer yg rahsia dah ada n3 dalam blog yatie laa dah.. siap ada gambo office to be lagi.. haa nie mesti x baca nie.. :P

Bhaiya said...

wahhh..posing maut gituzzz...

Bhaiya said...

lama sudah tara masuk kengkawan punya blog...

fz said...

wei bhaiya..jalan punya jalan sampai jugak u kat laman i..welcome.silakan makan umai, laksa sarawak, kek lapis, bubur pedas, bla..bla..windulah!!!