Friday, April 27, 2012

Sepetang Bersama....



semoga lebih bahagia selepas  bulan Okt  2012                                         
                                           Adibah dulunya saya panggil Dibah aje. Ingatkan
                                           sebaya..rupanya jauh lebih tua. Itulah akibatnya
                                           terlalu awet muda.
Noorhabibullah Abu Bakar dan Siti Aishah Bakri.
bestnya teh tarik tu. berbuih-buih...
wajib posing ramai-ramai.
 Zulraidi Radzi lebih  dikenali sebagai Ustaz. Beliau                
yang sering dijemput untuk membaca doa dalam 
                majlis-majlis rasmi.                                          
                                                        Kita minum duluuuuuuuuu
phewitttt
yang tersandar tu dah tak larat sangat ker ?
serius benar nampaknya...

Mereka adalah kawan-kawan seangkatan yang saya pernah bertugas sewaktu di Rangkaian Nasional, Radio Muzik/Radio2 dan di FM Stereo. Osman Mohd Noor yang pakai baju t-shirt belang tu kiranya yang paling senior dan pakar dalam muzik dan lagu-lagu klasik.  Melalui beliau saya kenal nama -nama besar seperti Beethoven, Chopin, Tchaikovsky dan ramai lagi  pemuzik barat yang terkenal dengan lagu klasik. Kini beliau telah bersara dan banyak menghabiskan masa dengan membuat gitar. Gitar buatan beliau bukan calang-calang. Kayunya saja dibeli khas dari Cardoba, Sepanyol. Kalau gitu kena petik lagu  Quizas, Quizas, Quizas ler.


Adibah  juga seorang juruhebah . Saya pernah bersama beliau sewaktu di Radio 2 dan FM Stereo. Beliau kini bertugas di Klasik Nasional. Bulan Oktober 2012 beliau akan bersara. Kesempatan ini yang kami ambil untuk mengeratkan silatulrahim.. Jangan tak tahu Adibah juga adalah seorang penulis yang telah menghasilkan banyak cerpen.


Semasa di Radio Muzik/Radio 2 dan  FM Stereo saya sempat bersama Noor Habibullah Abu Bakar dan Siti Aishah Bakri. Kami berpisah selepas itu apabila saya ditukarkan ke KLfm. Manakala Zulraidi Radzi pula lama mencurah bakti di Radio 1 dan FM Stereo. Kemudian beliau bertukar ke Unit Suara Islam dan sekarang ditempatkan di TV 2.

Banyak kenangan bersama rakan-rakan ini sehinggakan ada stesen-stesen yang disebut tadi sudah  tidak wujud lagi. Noor Habibullah yang dulu pernah menjadi penyampai berita kini ditempatkan bersama saya di TV1 dan Siti Aishah Bakri di Unit Penerbitan dan Dokumentari TV.

Pindah punya pindah, pusing punya pusing akhirnya kami bertemu juga. Indahnya kenangan waktu dulu yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Hanya keihklasan dalam berkawan saja yang dapat dirasa...

4 comments:

Izani Zakaria said...

Salam akak. sdih dpt tau k dibah nk pencen dah. dulu saya antara yg rapat dgn dia. k siti aishah dh nmpak makin dimakan usia. dulu slalu jmpa masa dia di radio muzik

fz said...

gitulah adanya izani. kak pun rasa macam dah ramai kengkawan yang hilang..tapi itulah hakikatnya kita kena menerima kanyataan. Bila dapat jumpa duduk dan sembang2 mcm ni memang best. bila agaknya dapat jumpa u pulak ???

fz said...
This comment has been removed by the author.
atuk santai said...

helo adik posh