Friday, October 9, 2009

Suratan Atau Kebetulan

Little Tamara

jangan curi cd i tau...

suhaimi dan keluarga
Suhaimi dan Suzani serta anak mereka Little Tamara. Comei betul budak ni. Percaya tak bapa dia yang beli assessori tu dan jadi tukang mekap. Excited lah tu baru dapat cahayamata, perempuan pulak. hai bertambah bahagialah hidup. Tapi kena jaga-jaga juga jangan sampai ibu dia terasa . Bila pulak yang kedua ?? Apapun Terima kasih kepada semua yang sudi datang, minta maaf atas segala kekurangan. Kepada kawan-kawan yang tidak berkesempatan berjumpa pada kali ini, insyaallah mudah-mudahan pada lain kesempatan ketemu juga.

tajam jelingan lovelyace tu..
Tahun lepas saya berkesempatan jugak berkunjung dirumah beberapa orang sahabat di KL. Tapi kali ini memang tidak sempat. Sehari sebelum saya terbang ke Miri, saya terima sms daripada JA. 'Kak ada kat rumah tak ? kita orang nak datang beraya '. Alahai JA, dalam keadaan tidak bersedia dan kelam kabut, memang rasanya nak menolak. tetapi mengenangkan baik budinya dan dah lama tak jumpa saya menerima dengan persediaan seadanya. Setelah tersesat-sesat sampai jugaklah JA, Lovelylace dan Megat kerumah. Seronok pertemuan itu walau hanya sekejab cuma. JA maintain macam yang pernah saya jumpa. Lovelylace nampak semakin ramping dan cantik. Megat tetap kekal macam orang muda. saya tengok dia orang ni serasi berkawan. Apapun terima kasihlah atas pemberian yang tidak pernah berbalas..

zety yg senget tulah..
Yang ini pulak kawan yang agak lama terpisah dan tak jumpa. Zety Ahmad namanya. Dulu dia dj di klasik Nasional, lepas tu mengikut langkah jejak DJ Izan menceburi diri dalam bidang perguruan. 'kak , zety nak datang beraya kat kampong akak boleh tak ?', gitulah lebihkurang bunyi smsnya. ,akhirnya sampai jugak beliau tiga beradik dari Temerloh, Pahang pada dua hariraya (lebihkurang dua setengah jam perjalanan). Terrorlah adik beradik ni, walaupun baru pertama kali sampai ke kg saya tetapi tak sesat...terus sampai depan pintu. Cayalah. Zety ni brutal , memanglah pandai bercerita dan kuat ketawa. Atih dan adik cool, senyum sepanjang masa. Memang meriah perjumpaan ini..

Rosmaria yang masih lagi mengancam..hehehe

Selamat Hariraya Aidilfitri. Mohon maaf diatas segala kesilapan kepada semua sahabat dan kenalan. Kepada kawan-kawan yang masih ingat, dan kenal yang menghantar ucapan menerusi mms, sms, email dan kad terima kasih banyak-banyak diucapkan. Sekurang2nya terselit jugak lah nama saya dalam ingatan kalian. Raya tahun ni saya cuti 2 minggu tetapi rasa sekejap aje. Beraya di kg memang meriah dan menghiburkan. Kunjung mengunjung, menziarah pusara dan tahlil pada penghujung puasa enam memang menyentuh. itulah keistimewaan dan kemeriahan yang tidak dapat dirasa dibandar. Paling tidak disangka-sangka saya menerima kunjungan kawan sekolah sewaktu ditingkatan 3 di Sek Tinggi Methodist Seremban dulu. Aduhai Rosmaria namanya. Kiranya dah lebih 20 tahun tak jumpa. Macam ingat-ingat lupa. Apa yang mendorong beliau mencari ?? rupa-rupanya nak bagi kad jemputan kahwin. Dah nak terima menantu rupanya .Tahniah dan jadilah mertua yang sporting. (kiranya dah tualah kita yerk) hehhehe. weh nostalgiknya pertemuan.

7 comments:

Cetusan said...

secara cantik cun..lawa awet muda..

hah??SEPI..sunyi...(dalam bebanyak ayat..ini ayat yang terpilih oleh ku)qah qahqah

fz said...

ayoyo zeqzeq, u the very the.......

IXORAROXI said...

akakkkkkkkkkkkkkkkkk..rindu kat akak

Cetusan said...

qah qah..
secara kebetulan saya tiada di situ

fz said...

ix, nanti kita temujanji nasi behinginnnn.

zeqzeq, bila nak belanja air tebu segar??? sini susah nak cari dan tak jumpa pun. hehehe

Cetusan said...

..ehemm sapa lagi nak puji akak n the geng kalau tak saya..

air tebu segar??, dipotong dalam hari yang sama terus dimesin akan keluar warna hijau muda daun pisang he..air tebu stok lama warna hijau pekat...(info dari bulan bukan bumi)

pos laju makan masa sehari gak..

YaTiE said...

Salam..

Hi, Akak
Pls send me email (blank email)
haryatie21@gmail.com

Tq.