Thursday, May 28, 2009

Ulangtahun RTM ke 63

jom makan kek..terima kasih miri marriott
resort & spa

Majlis pelancaran siaran kenyah, radio online dan rancangan
baru mirifm 2009 sempena ulangtahun rtm ke 63 oleh YB Dato Jacob Dungau Sagan ,
Timb Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

RTM terus unggul dalam dunia penyiaran. Punyalah lama sampai dah berkembang jadi 34 stesen.Diam tak diam rupa-rupanya saya jugak dah lebih 20 tahun berkhidmat disini. Walahpun telah jauh dari ibupejabat namun kenangan bertugas di Rangkaian Nasional sekarang dikenali sebagai Klasik Nasional, FM Stereo dan Radio Dua kini Muzikfm , hampir 2 tahun di Unit Hal Ehwal TV, RMKL, Radio KL dan kini dikenali sebagai Klfm sudah cukup untuk memberi pengalaman yang tidak ternilai harganya dan cukup menyeronokan . RTM dulu...kini dan selamanya...azam terus membara untuk meningkatkan mutu perkhidmatan seiring dengan kematangan RTM. Selamat Ulangtahun RTM ke 63 dan selamat datang kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, YB Dato Sri Utama Dr, Rais Yatim.

Saturday, May 9, 2009

Sana-Sini Jalan-Jalan

mana -mana pegi pun makan...

YB Dato Sri Sulaiman Abd Rahman Taib, Timb Menteri Pelancongan

amboi cecelia..manjanya

apa kecoh2 ni..

siapa yg seksi tu

lelah selepas treasure hunt di Kg Budaya, Sarawak


morni posing maut..

Aduz.. release tension betul bila dapat jalan-jalan macam ni.. Lelah dan seronok menyertai treasure hunt kat Kampung Budaya Sarawak yang juga digelar 'Muzium Kehidupan' dan mempamerkan pelbagai kebudayaan yang terdapat di negeri Sarawak. Sambil2 tu dapatlah tengok replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak; rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah-tinggi Melanau dan banyak lagi. Keluasannya lebih kurang 17 ekar.
Penghargaan dan terimakasih kepada En Ahmad Johanif Mohd Ali dan team dari Kementerian Pelancongan Sarawak dan Kuala Lumpur yang telah menyediakan perkhidmatan dan layanan terbaik. Next year kalau organize jangan lupa pelawa lagi.. he..he..


Wednesday, March 11, 2009

Lawatan Media ke Kuching, Sarawak- Borneo Highland Resort


penginapan yg selesa

syahdu tengok air ni walaupun tak sehebat
Niagara Falls...oopps

pakis gergasi
patutlah bunga butang dah takde kg kg, kat sini rupanya.


view drpd bilik penginapan
Tempat ini memang sesuai sangat kalau nak cari ketenangan dan bebas dari segala kebisingan. Cuacanya sejuk . Kehijauan dapat dilihat disana sini dan terletak dikaki Gunung Santubong . Tempatnya tidak jauh dari bandar Kuching. Kawasannya agak luas dan kalau dilalui memang boleh buatkan kita berpeluh.. Kira macam exercise lah tu. Kepada yang dah penat berjalan di sediakan Damai Puri Resort & Spa.. boleh rehat dan relaks.. zzzzzz



Tuesday, March 10, 2009

Lawatan Media ke Kuching Sarawak - Borneo Highland Resort

thanks Juan Mangering for sharing with me the pic

Ini ialah sebahagian daripada kawan-kawan semasa mengikuti lawatan media ke Kuching, Sarawak. Semuanya mesra-mesra walaupun baru kenal...Gambar diambil diatas bukit Borneo Highland Resort yang bersempadan dengan Kalimantan. Punyalah dekat, kalau kita jatuh aje di bawah bukit tu, maknanya dah sampai ke Indonesia dengan tambang pergi percuma dan tak balik-balik lagi.
Balik dari Rumah Panjang 'Anah Rais' kami dibawa pergi ke Borneo Highland Resort yang bukan sahaja lokasi sesuai untuk menganjurkan aktiviti sukan lasak dan cabaran alam semula jadi tetapi sangat berpotensi menjadi salah satu destinasi pelancongan terkemuka di rantau ini. Ia terletak diatas bukit dan sepanjang perjalanan yang kelihatan hanyalah batu-batu dan kehijauan. memang seronok dan menakjubkan.





Daki-daki punya daki rupa-rupanya dah sampai ke puncak bukit. Rasa macam burung...teruja dan bebas.
Cuacanya sejuk macam kat Genting. Bunga orkid hutan memang banyak. tapi sayang tak dapat nak ambil gambar. Begitu juga dengan pokok pakis gergasi, memang banyak kat sini.
geram tengok bunga ni. walau hanya bunga senduduk. cantik dan subur.




relaks sekejab dekat dengan air terjun tu. Huh..memang tempat ini tenang dan nyaman.
Apa lagi tunggu. dengan budget yang murah jom kita ZOOM MALAYSIA.

Tuesday, March 3, 2009

Lawatan Media ke Kuching, Sarawak- Rumah Panjang 'Anah Rais'

Ini sebahagian daripada penghuni di rumah panjang 'Anah Rais.' Dia orang nilah yang menyambut kedatangan rombongan media. Boleh tahan cantik-cantik orangnya. Nak bercakap dengan golongan yang muda-muda ni tak ada hal..sebab mereka boleh berbahasa Inggeris dan Melayu. Cuma dengan golongan tua saja susah sikit nak komunikasi. Adakalanya saya bercakap macam itik dengan ayam. Mereka memang suka sangat bila ada orang yang datang melawat ke rumah panjang ini. . semuanya murah dengan senyuman. Jambatan ini digunakan oleh penduduk dan banyak lagi rumah dekat belakang tu. Di Rumah panjang Anah Rais ni ada lebih kurang 150 buah rumah dengan penghuni lebih kurang 350-400 orang. Hidup mereka memang aman. Pelancong luar negeri suka datang ke sini untuk merasai cara hidup yang berlainan. Kehidupan disini masih lagi kekal dengan nilai-nilai tradisional. Mereka masih lagi memburu, bertani, memancing dan membuat barang kraf dan manik. Jangan tak tahu disini pun ada disediakan 'homestay'. tetapi tidak lah banyak. ASTRO pun dah sampai kat sini.

Kalau saja-saja nak ke rumah panjang tanpa ada yang bawak susah juga. Dari zaman sekolah rendah lagi saya dah tahu mengenai rumah panjang tetapi baru hari ini 27.02.2009 boleh sampai. Rumah Panjang yang kami dibawa melawat dinamakan 'Anah Rais ' yang penghuninya terdiri daripada etnik Bidayuh. Dari Kuching ke Anah Rais mengambil masa 45 minit. Rumah panjang ini merupakan yang tertua kira-kira dah lebih 200 tahun. Kalau nak ke sini jangan lah pakai kasut tumit tinggi. Dah tentu tak boleh jalan. Jom tengok apa ada kat rumah panjang ini. Gambar sebelah ini menunjukkan bagaimana mereka menggelek tebu secara tradisional untuk mengeluarkan airnya. Saya cuba juga. Huhh berat jugak pengelek ni.nya. Apapun air tebunya memang manis dan segar.
Menjadi kebiasaan di Rumah Panjang mereka menyambut ketibaan tetamu dengan memberi minuman(tuak). Walaupun kita tak minum tetapi adalah cara untuk menolaknya. Biasaanya tetamu yang datang akan disambut dengan adat tradisi iaitu bunyi-bunyian dan persembahan tarian. Rumah panjang ni luas rupanya. Berpeluh-peluh jugak kami berjalan. Kebanyakan rumah disini masih mengekalkan keasliannya. Banyak deretan rumah dan didepannya terhampar tikar Sarawak yang digunakan untuk duduk-duduk dan menjemur padi. Tapi di Semenanjung kita beli untuk diletak diruang tamu atau dapur. Apapun itu terpulang kepada empunya diri asalkan suka.


Teruja juga dapat melihat sendiri lada hitam yang baru dipetik. Hijau warnanya. Pokok lada yang dapat dilihat ditanam dilereng-lereng bukit adalah jenis memanjat. Ni lada-lada yang baru dijemur. Untuk membezakan samaada lada hitam/putih ini baru . cuba letak ditapak tangan . lada yang baru rasa berisi manakala yang lama tu ringan dan kosong . Oh...gitu ke ? baru saya tahu...... Saya pun beli jugaklah . Nak rasa lada hitam/putih yang 'fresh' lah katakan. Bila ada pelancong datang makcik ni akan jual gelang yang dibuat daripada rotan. Cantik dan murah harga. Bolehlah beli cenderahati untuk anak-anak dan kawan-kawan.

Lawatan Media Ke Kuching, Sarawak - Siri 1

YB Tn Hj Hamden Ahmad

En Aziz penerbit Panorama pun ada

26-29 Mac 2009 Tourism Malaysia menganjurkan lawatan media ke Sarawak. Ini satu peluang untuk saya mengenali tempat-tempat menarik di Sarawak yang mungkin tidak boleh dijejaki jika pergi sendirian. Sudah semestinya macam-macam aktiviti menarik yang dianjurkan. Layanan yang diberi oleh pihak tourism memang tiptop. Pada hari pertama sampai ke Kuching , saya dan sebahagian lagi rakan media disambut mesra oleh En Awang dari Tourism dan ditempatkan di Majestis Riverside berhampiran Waterfront. Pada sebelah petang kami diberi taklimat oleh En. Mohd Johanif Mohd Ali , Pengarah Pelancongan Sarawak mengenai perjalanan keseluruhan lawatan. Best jugak. orangnya kelakar dan baru empat bulan pindah ke sini. Macam saya jugak. Pada sebelah malam kami makan malam bersama Menteri Muda Pelancongan Sarawak, Tn Haji Hamden Ahmad yang sangat 'humble' dan 'simple' orangnya.

Thursday, February 5, 2009

Suatu hari Di Taman Buaya

jommm
Banyak tempat-tempat yang boleh kita pergi bila nak ' release tension'.. Antara tak tahu tempat, tak ada masa dan tak ada duit. Pada satu hari minggu yg lapang saya ke Taman Buaya . Wow..dah nama pun Taman Buaya, banyaklah buaya-buayanya. menakutkan pun ada. Ia terletak di Kuala Baram, hanya 45 km dari Lapangan Terbang Miri. Seronoknya perjalanan kesana kita akan melalui jalan-jalan persisiran pantai yang cukup tenang. Kalau kena pada harinya ada pulak nelayan2 yang menjual hasil tangkapan dari laut. Bolehlah beli ikan segar. Tempat yang seluas 22 ekar ini tidak saja ada beribu-ibu buaya tetapi macam-macam binatang esotik ada..kira macam zoo mini lah.



'Lihat dalam air. nampak bayang-bayang. baling satu batu. bayang pun hilang.' Tapi hati-hati dengan air ni. Silap-silap bukan bayang tetapi kita yang hilang.






Sungai Sarawak memang terkenal dengan buayanya. Pada tahun 1992, di Sri Aman, seekor buaya digelar 'bujang senang' telah membaham seorang wanita Iban akhirnya mati ditembak. Buaya ini dilaporkan sepanjang 20 kaki dan ada jalur putih dibelakangnya telah bermaharajalela sejak sekian lama dan entah berapa ramai yang telah menjadi mangsanya. Kalau ada yang berhajat nak tengok tenggorak 'bujang senang' boleh lah singgah ke Muzium Sarawak di Kuching. Dekat sana ada dipamirkan. Buaya-buaya dekat zoo ini diasing-asingkan jenisnya. Bukannya apa. untuk mengelakkan mereka dari bergaduh.

Dah penat berjalan relak sekejap dekat kolam teratai. tetapi sayang teratai belum berkembang. Cuma dekat sini tidak ada kedai atau restoran yang menjual makanan. tetapi kalau nak bawa makanan dan bersantai dengan keluarga ada tempat rehat yang disediakan. Apalagi. jomlah berkenalan dengan Raja Air kat sini....