Saturday, January 7, 2012

Tahun Baru 2012


Selamat Tahun Baru 2012 . Kepada kawan-kawan yang menghitung kejayaan demi kejayaan tahniah diucapkan. Kepada yang kurang berjaya jangan berputus asa. Langit itu tak selalunya cerah. Macam saya juga sepatutnya banyak yang indah-indah saya nikmati pada tahun 2011, tetapi semuanya tak menjadi..ibaratnya kaku, layu, terkulai lalu mati. Namun Tuhan masih sayang, diberinya kekuatan, ketabahan dan kesabaran tahap maksima lalu pada Tahun 2012 ni harap semua keperitan akan berlalu. Adoi beratnya ujian ini. Selamat tinggal semua yang menyakitkan pada tahun 2011. saya harus bangkit..terus mencari semangat yang hilang.

Friday, December 9, 2011

Jemputan Kahwin

Bergambar bersama pengantin, sahabat2 Klasikfm dan Klfm

lama betul tak jumpa..zack misai,han solo abahir dan roskalas

sahabat klfm yang namanya dayang senandung

Bulan Disember biasanya memang banyak majlis kenduri kahwin. Saya seboleh-boleh akan cuba memenuhi setiap jemputan. Bukan apa untuk meraikan kawan-kawan dan menghormati jemputan. tetepi kalau berlaga tarikh kadang tu terlepas jugak. Apapun terima kasih kepada kengkawan yang telah melayang kad jemputan. Majlis yang sempat saya hadir ialah di Majlis perkahwinan anak kepada sahabat KLFM Abahir dan Roskalas di Sg Besi. Majlis berlangsung dalam suasana warna ungu dan meriah sekali. Sempat saya merasa acar buah dan agar-agar kering yang dibuat oleh Roskalas yang teramat sedap sekali. Tak sangka pandai memasak rupanya Roskalas ni. Saya dikhabarkan ramai sahabat2 Klfm yang datang tetapi sayang tak sempat jumpa semua sebab saya sampai agak lewat kerana menghadiri satu majlis yang lain.Sahabat-sahabat yang tinggal cuma mamarock, niqanja, ayu, anakkota,zack misai, ma manja, hansolo dan beberapa orang lagi. Seronok melihat keakrapan mereka yang bagaikan adik-beradik. Sebelum balik, sempat jugak mendengar lagu Bandar tasik Selatan yang dinyanyikan oleh mamarock...hebat...betul2 rock. Kepada abahir dan roskalas tahniah, selamat menerima menantu dan kepada pengantin baru semuga berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat.

Wednesday, December 7, 2011

Cuti Sekolah.....

Cuti sekolah bermula lagi. Ada jugak ibubapa yang suka kalau anak-anak bersekolah sebabnya tak payah hendak kelam-kabut menjaga mereka dirumah. Kalau disekolah semuanya terkawal. Kesian la pulak kat Cikgu. Pagi /petang ada aktiviti... tau-tau senja baru pulang ke rumah. Tu pun keletihan.Tapi dah cuti sekolah ni sepanjang hari anak-anak ada dirumah. Kalau ramai alahai tambah meriahlah rumah. Saya yang seorang ni pun tak tertahan. Macam-macam perangai yang dibuatnya. Mulalah radio yang tak ada frekuensi berkumandang. Ni muka baru lepas dengar radiolah ni.. Alalaaaaaaaa










Aikkk...boleh posing pulak. Budak tu budak jugak. Peduli apa dia kita marah ke tak ....apapun wak sabarrrrrrrrrrr.









Sikecil 'frust' kali ni...sebabnya saya tak dapat cuti.Almaklum...bulan ni banyak program.Jangan tidak mengecewakan, saya pun bawaklah sikecil ni ke Wet World Pedas, Rembau Negeri Sembilan. Tak kisahlah sekejap ke lama, jauh ke dekat yang penting ada kolam..budak-budak dengan air memang tu yang diidamkan.



Nak bagikan dia lagi gumbira, nah dibelikan baju mandi apalagi senyum meleret tak berkesudahan. Masa kecik ni bagilah peluang pakai. Wet World Pedas ni kira okey jugaklah . Bayaranpun tak mahal. Waktu saya pergi tak ramai pengunjung sebabnya bukan hujung minggu. Jadi taklah susah nak menjaganya.




Saya perhati dari jauh jer. Risau jugak bila banyak berita yang melaporkan ramai kanak-kanak yang mati lemas... baik di sungai, laut maupun kolam. Kalau musim banjir apatah lagi. Tak taulah salah siapa ??? Untuk menenangkan hati kita katalah " dah Qada dan Qadar."..






Tahun depan dah darjah 3. Harap-harap pelajarannya tak merosot seperti tahun 2011. Sikap malas , degil, tak dengar cakap dan suka bohong kena buang jauh-jauh..kalau tidak nanti, cuti kat Wet World Pedas, Rembau, Negeri Sembilan ajerlah ekau. hehehe.



When I was just a little girl
I asked my mother, what will I be
Will I be pretty, will I be rich
Here's what she said to me.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

When I was young, I fell in love
I asked my sweetheart what lies ahead
Will we have rainbows, day after day
Here's what my sweetheart said.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see

Que Sera, Sera
What will be, will be.

Now I have children of my own
They ask their mother, what will I be
Will I be handsome, will I be rich
I tell them tenderly.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

Friday, November 25, 2011

Happy Birthday 2011

terima Kasih Dato Chef Ismail yang sponsor kek oren.

weh mamat ni bilalah nak berhenti berasap

yummy..

kak posh, Lan dragon, zana, linn dan moon

adoi ganaz nya...


Lamanya tak update blog... dah 8 bulan saya bertukar balik ke K.L nilah baru nak tulis-tulis . Keadaan ditempat baru ni membuatkan saya berada dalam tekanan kerja. Jauh beza bekerja di radio dan diTV dimana semuanya adalah benda-benda baru. Tulah agaknya yang membuatkan saya menyepi. Bukan tidak rindu, bukan tidak mahu tetapi tidak ada cerita yang hendak dikongsi. Saya sebenarnya memang tidak minat menulis tetapi saya lebih suka membaca atau membuat 'voice over' macam yang dekat radio. Nasiblah pic yang ada ni tak diserang virus. Tulah simpan jer gambar dalam memori card tak sedar virusnya dah berjangkit-jangkit. Secara kebetulan, kami semua ni menyambut birthday dalam bulan JULAI. Jadi kami pun berpakat untuk menyambutnya bersama. Semua kawan-kawan ni saya kenal bila dah tukar di Kuala Lumpur. Mereka ni kiranya macam adik-adik. Kenalkan yang lelaki tu namanya Razlan..dipanggil Lan Dragon. nakal dan manja orangnya, yang bercermin mata gebu tu dipanggil zana..sangat peramah dan kuat makan, Linn pulak yang berbaju kurung biru..lemah lembut,sopan santun pun kuat makan, yang kuat ketawa tu dipanggil moon. orangnya giler-giler tetapi taklah gila..bujang lagi tau. Tahun depan kalau panjang umur bolehlah raikan lagi harilahir KITA ni.

Wednesday, December 29, 2010

Sampaikanlah Salam.....

Goodbye..
Berenang-berenang si ikan keli
Bila senang datanglah lagi.
Satu-satunya sahabat KLfm yang saya kenal dapat saya jumpa di Kuching, Sarawak. Pada kesempatan mereka bercuti ke sini baru-baru ini sempatlah kami berjumpa. Alahai seronoknya dapat jumpa. Walaupun kunjungan ni tidak lama tetapi cukup meninggalkan kesan. Abahir, Roskalas dan Ayu terima kasih daun keladi. Lain kali datanglah lagi.

Tuesday, November 23, 2010

Karnival Jalur Lebar 1 Malaysia

Ketua Menteri Sarawak turut membuat kunjungan
ke tapak karnival

Dayang Fariza dan Feruzillah antara dj Sarawakfm
yang bertugas pada hari tersebut
Dj Azrani (Redfm), Dj Faezah (Sarawakfm & Dj AJ (Sarawakfm)

Dj Redfm (Jeffrey Jack ) bersama tetamu

Amboi..Andy, Faezah, Arm dan Aj bergambar
bersama BB (ikon broadband)

Norreye sempat buat show. dibelakang Zulmirzawati (Sarawakfm)
dan Hazel Deyuys (Waifm)
Tahniah ! Kuching Sarawak telah dipilih sebagai lokasi pertama untuk Karnival Jalur Lebar 1 Malaysia 2010 dan telah diadakan di Padang merdeka pada 30hb dan 31hb Oktober 2010. Selepas Kuching , karnival akan bergerak ke Kota Kinabalu dan Kuala Terengganu pula. Tujuannya adalah untuk memberi informasi dan mempromosikan penggunaan Jalur Lebar dan dunia ICT kepada orang awam, khususnya masyarakat yang tinggal diluar bandar. Jadi banyaklah syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian. Cuma sayangnya pengunjung tidaklah seramai pengunjung konsert-konsert hiburan. Mungkin agaknya semua rumah sudah ada Jalur Lebar maka tidak perlu melanggan lagi..atau pendedahan tentang Jalur Lebar masih belum sampai ke tahap maksima.


Monday, October 11, 2010

Satu Hari DiHariraya

bestnya ada bodyguard. hehehe
bakal pemimpin hari esok

senyum jangan tak senyum. Fetty
dengan senyum bahagia pengantin.

Cikgu Razis

chewah.. Cikgu Razis dan rakan karib
Firdaus
Salam Aidilfitri buat semua. Raya tetap meriah dan bertambah seronok bila dapat berjumpa dengan kaum keluarga , jiran-jiran dan sahabat- handai yang telah lama tidak jumpa. Pada kesempatan cuti raya pada kali ini saya langsung tidak menyambutnya di Kuala Lumpur. Entahlah sejak berkelana jauh ni kampung halaman semakin dekat dihati. Apalagi habis je raya BMI terus ke tahap obesiti. Aduzz siksanya. Apapun saya tetap seronok dapat buat biskut sendiri dan memasak giler bagaikan chef. Cikgu Razis ni kali pertama datang ke kampung. Beliau pernah jadi Dj dekat Negerifm dan Selangorfm. Keramahannyalah yang membuatkan dia sampai untuk beraya . Tu yang posing-posing. "kak masukkan gambar dalam blog ye, nanti saya tengok" itulah katanya sebelum pulang. Terima kasih Razis dan Firdaus kerana sudi datang. Kepada Asu , Nani dan Fetty dan 'partner' masing2 walaupun kita ni dekat tetapi rasa macam jauh. Mudah2an dengan ziarah hariraya setahun sekali ni akan lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kesian Zana yang sibuk layan 'baby' baru. Nasiblah ada hero yang baju merah (Apai) yang jadi wakil. Tahun depan tak tahu lagi. Mudah2an dipanjang usia dan dapat berjumpa lagi. Selamat Hariraya dan Maaf Zahir Batin.