Tuesday, August 19, 2008

Mendekati kaum etnik di Sarawak

makcik ni dah umur 70 tahun. semasa umur 5 hari dia dah pakai tembaga
nih..beratt..

yang ni berbangsa Kenyah. Umur dia sekarang dah 65th


ni masyarakat Penan. Dia orang popular membuat sagu. Sempat jugak saya
mengikis sagu. tu. Payah rupanya.

ni masyarakat Iban. proses beras dengan cara tradisi
mengisar dan menumbuk.
masyarakat Kenyah popular dengan memasak nasi
dalam daun.. Sedap nasi tu. lembut dan wangi. Kira macam ketupatlah.

alat-alat memasak tradisi masyarakat Kenyah.

Sempena dengan Baram Regatta Antarabangsa ni ramai kaum etnik yang turun. dapatlah saya berjumpa dengan etnik Iban, Kayan Kenyah, Penan, Visayah, Saban , Melanau dan banyak lagi. Susah hendak membezakan etnik ni. Kecuali apabila mereka bertutur dan melihat dari gaya pakaian. Kebanyakan mereka beragama Kristian. Dikhabarkan kalau yang berbangsa Iban lagi banyak tatoo dibadan, kira lagi 'UP' dia orang. Begitu juga yang telinga panjang ni. Mereka biasanya dari kaum Murut dan Kayan. Lagi panjang telinga tu, kira lagi 'lawa' lah. .yang disangkut kat telinga tu diperbuat darpada tembaga. Sempat saya memegangnya. Berattt. rasa macam nak pegang telinga tu..tapi tak berani pulak...geli. heh..heh. Mereka dah pasang sejak dari umur 5 hari. Dapat bayangkan tak ?? tetapi anak-anak muda sekarang dah tak praktikkan sangat. ada... cuma dah kurang.. mereka pun dah mengikuti arus pemodenan.

Baram Regatta Antarabangsa 2008-Perjalanan Ke Marudi

Azizul dan Salwa antara artis yg mengadakan show. Syokk dapat
jumpa dia orang yg sporting. Seorang lagi tu pegawai keewangan Mirifm,
En.Mahli Junit yg peramah.

sempat posing sebelum naik bot

Bersama krew dari RTM Kuching nak balik ke Miri
nasib baik tak mabukkk
Sungai Baram yang kami lalui. Khabarnya ada buaya dalam ni ,

Negeri Sarawak memang terdapat banyak sungai yang merupakan sebagai perhubungan dari satu destinasi ke satu destinasi. Perjalanan ke Marudi dari Miri memakan masa 3 jam dengan menaiki bot dan hanya 15 minit sahaja kalau terbang menggunakan Maswing. Satu pengalaman baru bagi saya. Di Marudi inilah berlangsungnya Baram Regatta Antarabangsa 2008 iaitu acara tahunan yang diadakan dua thun sekali. Kami berkampung hampir seminggu kat sini. Macam-macam aktiviti berlangsung selain ada Dj corner Mirifm. Ada pertandingan Datun Julud iaitu tarian panjang oleh masyarakat Orang Ulu, Pertandingan bot laju, Mencari Baram Idol dan banyak lagi yang berkaitan dengan air. Saya macam biasalah bertugas jugak lah sebagai Emcee. Salwa Abd Rahman , Azizul Khamis dan Nai (Dinamik) menjadi commentator. Tetamu VIP antaranya, Ketua Menteri Sarawak, Tuan Yang Terutama Dato Patinggi Salehudin dan ramai lagi. Acara berlangsung dengan meriahnya dalam cuaca yang agak panas. Syoknya kerana saya dapat mendekati masyarakat etnik disini dan mengenali budaya mereka..

Tuesday, August 5, 2008

Pencarian Baram Idol 2008




2 Ogos 2008 diAuditorium Mirifm berlangsung lagi Ujibakat . Mana-mana stesen pergi pun tak pernah tak ada ujibakat. Kali ini untuk pencarian Baram Idol Sempena dengan Regatta Antarabangsa yang akan diadakan di Marudi pada 15 - 17 Ogos 2008. Mirifm diberi mandat untuk menjayakan baram Idol nih. Huh ramai yang turun hari tuh dengan macam-macam patern. Lagu pun macam bahasa..yang banyak hari tu ialah lagu Iban. Not bad. Terhibur jugak. Ni antara peserta-pesertanya. Opppsss..saya jadi juri ke ????

Monday, July 21, 2008

Me and my Dj`s

Lokasi di atas Bukit di Marudi mengadap ke Sungai Sarawak untuk menyaksikan pertandingan perayu layar, perahu panjang dan perahu berhias Sempena Baram Regatta Antarabangsa yang diadakan dua tahun sekali. Mirifm ada mini studio disini dan saya macam biasa bertugs sebagi juruacara pada sebelah malamnya. Cuaca memang teramat panas..tetapi acara tetap hapenning.


Dj ni dipanggil Kak Mai. Dah ada cucu tapi masih awet muda

Posing..chewahh

Banyak beza jadi dj dengan jaga dj. Dulu orang ambil gambar i , sekarang i pulak yang ambil gambar dia orang. Hish..hish ada ke patut. Betullah tuh. Zamannn dah berubah..Jadi dj lah yang paling best..bole hu ha . Tetapi sekarang saya kena memantau siaran Bukan senang kita nak tegur kesilapan orang. Apapun saya seronok juga kerana dapat berkongsi pengalaman untuk "kasi up" lagi Mirifm. DiMirifm ada empat perkhidmatan dibawah jagaan saya iaitu Melayu, Iban, Cina dan Kayan Kenyah. Walaupun tak faham sangat bahasa dia orang, tapi tak susah nak jaga.. Diam tak diam saya pun belajar dan faham-fahamlah sikit-sikit. Mana-mana stesen pun sama.. semuanya menuntut kreativiti dan disiplin yang tinggi.

Monday, June 30, 2008

Nyaman Dan Tenang


tenang dan nyaman

Mana-mana pun pasti ada tempat-tempat yang cantik dan menarik. Gambar-gambar ni menggambarkan betapa tempat ini tenang dan nyaman. Tak payah nak cari tempat ini. Dekat Bandar. Dekat laut dan muara.??Nak cari makanan pun tak payah..sebab dekat dengan restoran yang menyajikan masakan Indonesia. Di sinilah saya merasa makanan yang namanya Lalapan. Woww..memang betul sedap. Selera kampong macam saya memang sesuailah. Sambal belacannya yang special..berasap you. Minuman pun bermacam-macam jenis.. saya cubalah Teh C peng.. apa tuh ?? Okeh boleh tahan dan boleh layan.. Jom kawan-kawan. Datang ke Miri, boleh tengok tempat-tempat ini dan rasa Lalapan. Bestttt. Sorry tak ada imej Lalapan . Takut ada yang kempunan. Heh.heh

Thursday, June 26, 2008

Dj -Dj MIrifm 95.7 mghz




krew yg terlibat menjayakan dj corner

Ni dari siaran Mandarin, dj Teo dan dj Yii

Dj Rosland, Dj Kak Mai dan Dj Sherina. Yg sorang tu Mira

Disini bos suruh jugak saya buat konti. Tapi biarlah. Saya nak sesuaikan diri dengan situasi baru dulu. Saya menyelia siaran Melayu, Iban, Cina dan Kayan Kenyah. Satu hari siaran hanya 18 jam sahaja. Bermula pukul 9.00 pagi hingg 9.00 mlm. Walaupun nampak macam banyak, tetapi tak susah jaga dia orang. yang penting masing-masing tahu tugas dan tanggung-jawab sendiri.
Di Karnival Permotoran dan Sukan Air Bakam 2008 pun ada dj korner Mirifm. Wahh boleh tahan dia orang. Berkenalanlah dengan dj-dj Mirifm 95.7 mghz .Yang senyum sokmo Rosland namanya..kira antara dj popularlah tu. Dj Sherina, Dj Kak Mai dan yang comei tu dari bahagian teknikal Mira namanya..pandai cakap mandarin u. Wah.. ni hen pioliang..

Suasana Berbeza

sempat jugak dia orang tangkap ikan...dapat jugak saya rasa ikan yang
baru naik dari laut..

sempat jinjing kasut..

memang cantik tempat nih..salah seorang drpd peserta jetski

12hb Jun 2008 pertama kali saya menjejak kaki ke RTM Miri di Sarawak. Perjalanan semuanya lancar. Saya disambut mesra oleh staff yang namanya Nuriah yang telah melayan saya sejak dari awal sebelum saya ke sini. Bila jumpa, orangnya peramah, cun jugak dan baik budinya. Melapor diri di bilik Bos..alamak nampak mukanya serius dan garang. Tetapi mudah mesra , simple dan senang bekerjasama. Syukur alhamdulillah. Ini menampakkan tanda-tanda akan mudah kerja saya di sini. Berjumpa dengan staff, semuanya mesra dan sangat helpful...Maknanya saya tiada masalahlah bekerja disini..Macam di KLfm juga, di sini banyak event yang berlangsung. Datang-datang aje terus dengan Karvival Permotoran Dan Sukan Air Bakam 2008. Memang seronok. Lokasinya dekat laut. Acara-acar melibatkan alauat, darat dan sungai. Aktivitinya jetski, motor cross, berakit memang menyeronokkan. Walaupun cuaca panas, namun tidak menghalang pengunjung datang dengan ramainya. Dj Corner pun ada....dj Mirifm pun turun sama. Syoknya pengalaman baru..