Saturday, January 30, 2010
Satu Hari di Bintulu
Tuesday, January 26, 2010
Tunjuk Bakat
Orang-orang di Sarawak ni ramai yang berbakat menari dan menyanyi. saya ni tak sah kalau tak dipanggil naik ke pentas.kadang2 takut nak hadir majlis. almaklum kita ni bukan reti dan berbakat nak buat benda-benda ni. tapi sporting punya pasal redah ajerr lah..tapi syok gak. heheheMonday, January 4, 2010
Indah dimata melekat dihati
Jom jalan-jalan ke Taman Tasik Perdana. Boleh jogging, boleh tengok kehijauan yang menyejukan dan boleh layan angan-angan. Biasalah bila kita berada di satu tempat tu, kita tak hairan pun dengan apa yang berharga ada disitu, tetapi orang luar yang lebih berminat dan lebih nak tahu. Macam saya, bila di KL dulu tak pergi pun saya ke Taman Bunga Raya ni. Tetapi bila dah jauh ditempat orang baru terasa ingin nak berkunjung ke sini dan rasa seronok tu lebih dari pelancong asing .
Kawasan ni cukup luas. Berpeluh jugaklah berjalan tetapi seronok. Bunga raya semua rakyat Malaysia tahu, antara 7 jenis bunga yang dicadangkan Bunga Raya telah terpilih dan dinobatkan sebagai Bunga Kebangsaan dan kebanggaan kita.
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Kedaulatan Undang-Undang
Keluhuran Perlembagaan
Kesopanan Dan Kesusilaan
Tetapi sekarang bunga raya dah mengalami proses 'kawin campur.' Dekat sini macam-macam warna dan bentuk boleh jumpa. Namun yang merah menyala tu tetap unggul. Jangan tak tahu warna Merah bermaksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran
Oh rupanya kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran ini menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup dengan harmoni dalam satu Negara Malaysia tercinta ini.
Antara kegunaan Bunga Raya:-
Makanan : Hibiscus sabdariffa (Roselle) boleh dijadikan sirap, jem, halwa dan lain-lain.
Hiasan Landskap : Pokok renek Bunga Raya memang terkenal sebagai tanaman hiasan di dalam landskap sejak dulu hingga kini.
Perubatan : Beberapa spesis Bunga Raya boleh digunakan sebagai penawar racun, melegakan sakit kepala dan demam.
Gubahan : Bunga Raya juga sering digunakansebagai gubahan dalam rumah ataupun hiasan kostum.
Kosmetik : Beberapa spesis Bunga Raya juga mampu melembabkan kulit dan menyuburkan rambut
Bunga Raya atau nama saintifiknya Hibiscus ros-sinensis telah dinobatkan sebagai Bunga Kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh YTM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Wow kita pun terasa ceria bila berada disini. Kembang-kembang bunga raya ni dengan warna-warnanya yang hidup sungguh mengasyikan..
Moralnya hargailah dan peliharalah segala khazanah yang kita ada. Sebab bila dah tak ada nanti kenangan pun tak mampu untuk mengembalikannya.
Wednesday, December 23, 2009
Salam Windu dari Limbang..
Wednesday, October 14, 2009
Jom ke dapur..
Friday, October 9, 2009
Suratan Atau Kebetulan
Aktiviti Bulan Ramadan
Majlis rakaman raya ni berkonsepkan pondok-pondok yang terdiri daripada Pondok Etnik, Bahagian Kejuruteraan, Bahagian Rancangan dan Pentadbiran. Tak sangka begitu meriah jadinya. Macam-macam menu yang dihidangkan semuanya tanggungan persendirian. Tak ketinggalalan staf pun turut buat persembahan. Macam-macam bunyi keluar. Bagi saya okeylah tuh. Sekurang-kurang mereka berani mencuba. Lagi sumbang bunyi lagi lah pulak menghiburkan. Chewahhh yang dia orang tayang tu, kira menang hadiah lah tuh. Tapi da orang bukan ditempat pertama. Sajalah nak suka-suka dan beri semangat supaya lebih bekerjasama pada masa akan datang..
Dalam majlis yang lain pula, adik-adik ini diraikan di Hotel Mega, Miri. Mereka semua adalah dari PERYATIM. Macam biasa bila raya adik-adik ni agak mewah sedikit. Almaklum ramai yang nak bersedekah. Majlis tambah bererti dengan hadirnya YB Ahmad Lai bin Bujang, En Mohd Amin dari Petronas dan ramai lagi. Pengurusan Hotel Mega pun cukup memberi kerjasama dalam mengisi tanggungjawab sosial ini.
Sama-samalah kita doakan semuga adik-adik ini akan berjaya dalam pelajaran dan menjadi rakyat yang berguna satu hari nanti. Kesusahan hari ini tidak bererti kita akan terus susah untuk selama-lamanya.